Thursday, July 1, 2010

Catatan untuk Ayub Abdul Rahman.


Ada masanya kita mampu melangkah sambil merenung kembali jejak-jejak yang ditinggalkan di belakang. Jejak-jejak itu tidak bergerak lagi tetapi memghambat memori setiap kali kita sunyi.Ada masanya kita tidak mampu untuk melangkah ataupun merenung kembali. Barangkali jejak-jejak itu pun telah tiada.Pada April 2010 yang lalu aku menuju ke pantai timur untuk mengambil anak sulungku yang bercuti. Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, aku menuju ke Kampung Kelewek, Tanah Merah, Kelantan untuk bertemu seorang sahabat satu kelas di maktab. Aku sampai ke kampung itu tetapi gagal berjumpa dengan sekolah yang dimaksudkan. Daripada maklumat orang kampung tersebut Sekolah kebangsaan Kelewek terletak di Tanah Merah. Akupun menuju ke Tanah Merah untuk ke sekolah tersebut. Sampai sudah tentunya pasti. Itulah kali pertama aku sampai di Tanah Merah. Aku bertemu dengan salah seorang guru di situ untuk menanyakan perkara tentang sahabat aku Ayub bin Abdul Rahmah. Mengikut guru tersebut Ayub telah berpindah ke Kemahang 1 dan jika aku hendak bertemunya, aku terpaksa berpatah balik. Guru itu memberitahu aku yang Ayub mempunyai sebuah kedai alatan telekomunikasi di hadapan Petronas Tanah Merah. Walau bagaimanapun aku gagal bertemunya dikedai sebaliknya hanya mendapat nombor telefon Ayub dari kedai bersebelahannya. Ayub memaklumkan pada aku yang dia kini sudah bertukar dan pada hari tersebut pulang lewat disebabkan kelas tambahan UPSR. Aku bercadang hendak berjumpanya apabila dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu.Sekali lagi nasib tidak menyebelahi aku kerana aku sampai di Tanah Merah dalam perjalanan pulang pada waktu malam. Aku tak dapat berjumpa Ayub. Sudah takdir tuhan yang maha penentu, Ayub telah kembali ke rahmautullah sekitar bulan Jun 2010. Aku rasa kesal dan kehilangan kerana tidak dapat bertemunya. Tuhan lebih mengasihaninya. Ayub diserang penyakit jantung. Al Fatihan. Hari itu hari dia... aku entah bila? Kurenung jejak dari pasir ke kerikil.1 Julai 2010.

Thursday, May 6, 2010

Catatan untuk Ahmad Junoh


Salam,
Ruangan ini sentiasa mengamit memori lama tentang MPTeruntum. Tahun lalu saya pergi ke rumah Mat Junoh di Pasir Putih. Rumah dia senang ditemui kalau dalam perjalanan dari Grik ke Kuala Terengganu. Sebelum rumah dia, kita akan berjumpa dengan sekolah Zaem. Waktu saya singgah tu.. puasa hari ke 2 / 2009.Rasa pilu dengan pertemuan itu sebab dia adalah antara beberapa orang rakan yang menyertai ekspedisi berjalan kaki dari Dungun ke Kuala Terengganu tahun 1988. Saya kerap ke Kelantan jumpa Kasman yang banyak membantu. Othman Mat Zin dah pun sampai Ipoh.Setakat ini gambar Mat Junoh yang dapat saya muatkan dalam blog ini.
Satu Bonus... anda akan dapat Fadzil Miss Aini, Zulkarnain Hamid,Mohd Rafi dan Amran semasa kunjungan Pegawai Khas Akademik Prasekolah Perak ke rumah Rafi dan Amran. Sampai sesat-sesat kami cari rumah diaorang. Tuhan tu maha kaya... jumpa juga. Nie gambar kami... Fuhh... macam-macam rupa

Semuanya bermula sewaktu saya berkursus di Kota Bharu pada tahun 2007. Saya menghubungi Kasman di PKG Ketereh dan dia bawa saya pusing Kelantan cari teman-teman lama. Kasman banyak membantu saya menguruskan lawatan ke kelantan. Dia juga mempunyai contact yang kuat dengan rakan-rakan MPT yang lain di Kelantan. jangan terkejut, jika anda pernah membawa akhbar tengtang seorang guru yang hanyut di laut sewaktu memancing ikan akibat dipukul ombak. Mangsa yang di maksudkan ialah Kasman sendiri. Kasman dan saya sama-sama menyertai Pestarama di Ayer Keroh Melaka.

Wednesday, May 5, 2010

TEMAN-TEMAN MAKTAB PERGURUAN TERUNTUM


Assalamualaikum,


Salam buat teman-teman .


Wahana ini direka khas buat teman-teman seperjuangan untuk mengikat kembali tautan perhubungan yang sekian lamanya terjalin. Pada lewat pertemuan ini, saya sering berjumpa teman-teman lama terutamanya yang belajar bersama-sama di Maktab Perguruan Teruntum Kuantan. Terbaru saya, Zulkarnain Hamid, M. Fadhil telah melawat sahabat lama iaitu Amran dan Rafi di Melaka pada 20 Okt 09. Awal tahun ini Osman Mat Zin dari Kelantan datang ke Ipoh dan saya dan Lan ( Ketua )bawa jumpa Harjit Singh di Kampar dan penghujung 2008 saya berjumpa dengan Kasman, Sidek, Salihin, Mat Junoh, Zahidi, Zaem di Kelantan. Di Perak ini kita ada Fadil, Lan, Zul, Khairul, Hardave, Pian, Ananda, Khairi Koyan dan Zainab. Di Sg.Petani ada Zalina. Dengar kata Azwan dan Aziah dah ada kat Sg. Petani. Lan Sarimah pun ada kat Kedah. So, gembira jumpa semua. Apa kata kalau cuba lawat blog saya supaya semua boleh gabung semula. Terima kasih.

Salam,
Ada masanya detik-detik yang berlalu terasa begiru lambat sekali. Apatah lagi sewaktu merenung tajam air Sungai Kuantan dari tepi benteng. Pokok-pokok bakau yang beriringan sepanjang Sungai Kuantan berdiri teguh bersama-sama papan tanda Kuantan yang dilimpahi lampu sorot. Dulunya, ada sebuah restoran kapal di sana dan jika kita hendak ke Peramu tambangnya hanya 40sen sahaja. Waktu itu belum ada jambatan menyebarangi sungai tersebut. Kawasan benteng ini dahulunya menjadi tempat bas ekspress dari luar Kuantan dan juga bas tempatan. Di kawasan ini juga terdapat sekumpulan guru-guru pelatih yang singgah makan malam di gerai-gerai sepanjang benteng tersebut. Kalau hujung minggu pula ada guru pelatih yang memancing ikan di tepi benteng itu terutamanya guru pelatih yang tinggal di Jalan Bukit Ubi. Bau air sungai Kuantan ini menarik memori kita untuk mengenangkan sebuah maktab yang kini sudah tiada lagi iaitu Maktab Perguruan Teruntum. Disitulah cita-cita dan cinta tertumpah sehingga merealisasikan generasi hari ini. Buat teman-teman MP Teruntum marilah kita bina jaringan maya yang sudah berusia lebih dua dekat ini untuk kita selusuri bersama-sama. Di mana anda teman-teman? Biar kita di mamah usia namum memori itu tetap akan terpahat jua dalam lipatan sejarah hidup kita. Biarkan ia di situ walaupun adakalanya dia mengusik jiwa kita.Apatah mimpinya hari ini tiba-tiba ingatan tentang Kuantan cukup kuat menerpa kotak memori. Ya, pagi tadi diri ini terpanggil untuk melayari Facebook Maktab Perguruan Teruntum yang baru ketemui. Rupanya ada insan yang mempunyai tautan jiwa yang kuat tentang " teruntum" sedang mengumpulkan teman-teman seteruntum. Ayuh teman-teman! Sekarang kita sudah melewati 20 tahun meninggalkan Mr. Velappan,En.Nazim, Lim Ah Poi dan sebagainya di Kuantan. Entah dikurniakan hayat atau tidak untuk kita bertemu semula sekurang-kurangnya menyatakan kemaafan atas kekurangan diri yang selama ini tersimpan. Hayat di hadapan siapa yang tahu? Terima kasih Olan Pb( 88/90 )dan follower tunggal saya di blog saya 9w2zua iaitu Rusiah Hazri yang menjadi admint FBook MP Teruntum. Jom ke sana.

Wednesday, February 17, 2010

Di situ adanya


Salam. Lewat Disember 2009 lalu saya menjelajah bumi Indonesia bagi penamat 09. Waktu pesawat "Bikin Terbang, Menjadi Gampang" melewati ruang udara Jakarta sebelum mendarat di Lapangan terbang Sukarno- Hatta kita akan dapat melihat kebanyakan atap rumah di sana menggunakan atap genting berwarna merah. Bukan setakat di sekitar lapangan terbang malahan sewaktu menyusuri lebuh raya ke Bandung juga kita akan melihat situasi yang sama. Pondok di tengah bendang juga menggunakan aatap genting berwarna merah. Sedikit sangat kita dapat melihat atap zink digunakan. Kalau di negara kita lebih banyak atap zink digunakan. Kalau mengikut status, rumah yang beratap genting lebih tinggi statusnya berbanding atap zink. Kalau begitu mereka lumayan amat. Jelas sama sekali terdapat bolak-balik persepsi dalam hal ini. Kenapa? Kerana desakan ekonomi penduduk di sana menjadi lebih keratif dan rajin dalam mengatasi halangan hidup. Atap itu dibikin sendiri. Waktu padi sudah dituai, tiada pekerjaan lagi boleh dibuat dan perajin di sana mengorek tanah liat untuk dibuat atap genting tanah liat. Sebab itu kita boleh lihat bangunan besar yang bertiang rendah di pinggir bendang. Di bawah bangunan inilah atap itu dikerjakan. Tanah liat dikorek dari bawah bangunan itu untuk di proses menjadi atap. Dan... di situlah adanya kesedaran untuk lebih kreatif dan rajin.

Wednesday, November 25, 2009

Salam buat teman-teman


Assalamualaikum,

Salam buat teman-teman .

Kamarulazua hanya satu nama dalam memori orang yang pernah bersamanya. Teman-teman sudah pasti berada entah di mana. Di dunia ini atau... Apabila umur meningkat teman-teman lama muncul satu persatu dalam ingatan. Mahu atau tidak teman-teman ini pernah mewarnai kehisupan kita. Kita jalinkan persahabatan ini sementara ada waktu untuk kita berkomunikasi. Wassalam.

Suatu Pengenalan


Mungkin saat ini kita sudah jauh mengatur langkah.Adakalanya kita terlupa bahawa setiap kali kita melangkah tapak kaki kita berpijak dari satu tanah ke satu tanah. Dari pasir ke selut, dari selut ke kerikil. Akhirnya tapak kaki kita yang dulunya lembut kini telah menjadi keras. Kita sebenarnya berubah mengikut tanah yang kita pijak walaupun jati diri kita masih utuh. Tiap-tiap langkah yang dilabuhkan di sesuatu pelabuhan akan menitipkan sebuah memori dalam hidup kita. Kenangan itu sejarah yang kita lakukan atau terpaksa melakukan. Sama ada kenangan di situ pahit atau manis ia sudah menjadi sejarah dalam salasilah hidup kita. Tidak perlu kita lari atau takut dengan sejarah diri kita. Ia sudah berlaku! Seharusnya kita menggunakan semua detik-detik kenangan itu secara positif dan ia akan menjadi lelucon dalam kehidupan kita yang mendatang. Yang pahit itu ubat yang paling mujarab dan tidak perlu kita jauhi.