Wednesday, May 5, 2010

TEMAN-TEMAN MAKTAB PERGURUAN TERUNTUM


Assalamualaikum,


Salam buat teman-teman .


Wahana ini direka khas buat teman-teman seperjuangan untuk mengikat kembali tautan perhubungan yang sekian lamanya terjalin. Pada lewat pertemuan ini, saya sering berjumpa teman-teman lama terutamanya yang belajar bersama-sama di Maktab Perguruan Teruntum Kuantan. Terbaru saya, Zulkarnain Hamid, M. Fadhil telah melawat sahabat lama iaitu Amran dan Rafi di Melaka pada 20 Okt 09. Awal tahun ini Osman Mat Zin dari Kelantan datang ke Ipoh dan saya dan Lan ( Ketua )bawa jumpa Harjit Singh di Kampar dan penghujung 2008 saya berjumpa dengan Kasman, Sidek, Salihin, Mat Junoh, Zahidi, Zaem di Kelantan. Di Perak ini kita ada Fadil, Lan, Zul, Khairul, Hardave, Pian, Ananda, Khairi Koyan dan Zainab. Di Sg.Petani ada Zalina. Dengar kata Azwan dan Aziah dah ada kat Sg. Petani. Lan Sarimah pun ada kat Kedah. So, gembira jumpa semua. Apa kata kalau cuba lawat blog saya supaya semua boleh gabung semula. Terima kasih.

Salam,
Ada masanya detik-detik yang berlalu terasa begiru lambat sekali. Apatah lagi sewaktu merenung tajam air Sungai Kuantan dari tepi benteng. Pokok-pokok bakau yang beriringan sepanjang Sungai Kuantan berdiri teguh bersama-sama papan tanda Kuantan yang dilimpahi lampu sorot. Dulunya, ada sebuah restoran kapal di sana dan jika kita hendak ke Peramu tambangnya hanya 40sen sahaja. Waktu itu belum ada jambatan menyebarangi sungai tersebut. Kawasan benteng ini dahulunya menjadi tempat bas ekspress dari luar Kuantan dan juga bas tempatan. Di kawasan ini juga terdapat sekumpulan guru-guru pelatih yang singgah makan malam di gerai-gerai sepanjang benteng tersebut. Kalau hujung minggu pula ada guru pelatih yang memancing ikan di tepi benteng itu terutamanya guru pelatih yang tinggal di Jalan Bukit Ubi. Bau air sungai Kuantan ini menarik memori kita untuk mengenangkan sebuah maktab yang kini sudah tiada lagi iaitu Maktab Perguruan Teruntum. Disitulah cita-cita dan cinta tertumpah sehingga merealisasikan generasi hari ini. Buat teman-teman MP Teruntum marilah kita bina jaringan maya yang sudah berusia lebih dua dekat ini untuk kita selusuri bersama-sama. Di mana anda teman-teman? Biar kita di mamah usia namum memori itu tetap akan terpahat jua dalam lipatan sejarah hidup kita. Biarkan ia di situ walaupun adakalanya dia mengusik jiwa kita.Apatah mimpinya hari ini tiba-tiba ingatan tentang Kuantan cukup kuat menerpa kotak memori. Ya, pagi tadi diri ini terpanggil untuk melayari Facebook Maktab Perguruan Teruntum yang baru ketemui. Rupanya ada insan yang mempunyai tautan jiwa yang kuat tentang " teruntum" sedang mengumpulkan teman-teman seteruntum. Ayuh teman-teman! Sekarang kita sudah melewati 20 tahun meninggalkan Mr. Velappan,En.Nazim, Lim Ah Poi dan sebagainya di Kuantan. Entah dikurniakan hayat atau tidak untuk kita bertemu semula sekurang-kurangnya menyatakan kemaafan atas kekurangan diri yang selama ini tersimpan. Hayat di hadapan siapa yang tahu? Terima kasih Olan Pb( 88/90 )dan follower tunggal saya di blog saya 9w2zua iaitu Rusiah Hazri yang menjadi admint FBook MP Teruntum. Jom ke sana.

No comments:

Post a Comment