TEATER TEMENGGOR
![]() |
| Poster " TEMENGGOR " |
![]() |
| Merdeka 2019 |
![]() |
| Pelajar Teater USAS |
![]() |
| " AKU" dan pelajar |
![]() |
| Antara pelakon " TEMENGGOR " |
Tentang skrip pula, tak banyak skrip yang boleh diperoleh secara percuma untuk tujuan pembelajaran. Kita boleh dapat banyak di internet tetapi kesesuaiannya boleh difikir semua. Apa yang aku peroleh ( pandangan peribadi sahaja ) penulis dari Indonesia lebih mudah berkongsi maklumat atau skrip dengan khalayak umum. Mudah memproleh skrip kisah negara seberang di internet secara gratis. Malaysia pun ada tetapi sekar memperoleh yang gratis. Tak kisah apa puncanya, penulis dan pengguna skrip mempunyai alasan tersendiri bagaimana memanipulasikan skrip.
Kesukaran ini bagus sebenarnya. Oleh kerana aku sukar memperoleh skrip yang sesuai, lebih baik aku hasilkan skrip sendiri. Banyak kelebihannya. Boleh pilih tema dan cerita sendiri, senang aturkan pelakon, bebas untuk membuat olehan dan penambahbaikkan serta mudah disesuaikan dengan kekuatan pelakon yang ada. Aku bukan nak bawa skrip ini untuk pertandingan, tetapi untuk pembelajaran sahaja. Pening punya pening maka terhasillah skrip " TEMENGGOR ".
![]() |
| Perjanjian Menyerah Kalah Pihak Jepun kepada di atas kapal tempur USS Missuori |
![]() |
| Bendera Bintang 3 |
![]() |
| Komunis Bintang 3 |
Proses
pemindahan bermula pada
24 Jun 1976. Pagi-pagi lagi, 3 buah
Nuri telah berlepas dari No 10 Skn,
TUDM Kuantan,menuju ke
Ayer Ganda, Gerik, untuk misi
'Ops Pindah'. Misi diketuai oleh
Lt (U) Azmi
Ibrahim dengan
krewnya
|
![]() |
| Sekolah Kebangsaan Temenggor |
Antara guru yang pernah aku temui ialah Cikgu Lop yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Temenggor pada masa itu. Kesemua penduduk di kawasan tersebut dipindahkan ke dua kampung baru iaitu Kampung Ganda Temenggor disebut juga Air Ganda ( air itu bermaksud sungai ) dan Kampung Belum Baru di Gerik pada tahun 1976. Almarhum Sultan Idris II ( Sultan Perak Ke-33 ) telah merasmikan Kampung Ganda Temengor dalam bulan Ogos 1976. Ketika itu aku baru Darjah Lima.di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Gerik ( sekolah ini pun dah tak ada ).
![]() |
| Senapang " KULAI" |
![]() |
| Aminah Arshad |
Seperti yang dijangka Ariffin ditangkap oleh komunis yang menunggu di bawah rumah. Komunis merampas senjata " kulai " dan membawa Ariffin pergi. Malam itu merupakan malam terakhir Aminah ( isteri Ariffin ) melihat wajah suami kesayangannya dan itulah kali terakhir Ahmad dan Zainah ( dua anak Ariffin ) melihat kelibat ayah mereka. Ahhhh sedihnya! Sejak hari itu tiada sesiapa lagi yang menemui Ariffin. Ariffin hilang entah ke mana dibawa komunis Bintang 3. Ayah alu pernah mencari Ariffin setelah dia berkahwin dengan Zainah, anak perempuan Ariffin. Kalau korang nak tahu, aku ini cucu Ariffin. Sebab itulah aku buat skrip ini sebagai tribut untuk Ariffin dan mangsa kekejaman komunis. Korang ingat ahli keluarga Ariffin tak marah ke kepada komunis! Wajar kah mereka marah kepada komunis! Itu pun nak ditaburnya abu mayat Si Ching Peng tu di Bajaran Titiwangsa! Ikut suka hati mak bapak tiri jer keluarga Cing Peng ni!! ) Yang dalam kurungan ini janya satu luahan saja. Sampai ke ini tidak tahu khabar Ariffin. Hidup ke mati? Mati sudah tentu, tetapi di mana kuburnya? Hidup? Hanya kuasa Tuhan menentukannya.
![]() |
| Ahmad Ariffin |
Kekejaman pihak komunis ini dapat dibaca dalam catatan Pn. Tik Sulong, 86 . Aku petik cerita ini yang hampir sama kisah yang diceritakan oleh emak aku, Zainah Ariffin. “ Mak Cik tidak akan
maafkan dosa anggota pasukan komunis ‘Bintang Tiga’ yang membunuh dengan kejam
lima ahli keluarga mak cik sampai bila-bila,” kata warga emas, Tik Sulong, 86
sambil meriba potret ahli keluarganya.Sesekali Tik yang lebih
mesra dengan panggilan ‘Mak Itam’ dikalangan penduduk Sungai Udang membetulkan
kedudukanya di atas kerusi roda tanpa melepaskan bingkai potret yang diambil
bersama ahli keluarga ketika beliau berusia 15 tahun. “Mereka (Komunis) bunuh
ibu, Temun Manang dan empat lagi ahli keluarga mak cik tanpa rasa belas kesian
walaupun berkali-kali arwah merayu agar tidak dibunuh dan wajah setiap pembunuh
masih mak cik ingat hingga ke hari ini,” katanya sambil membacakan surah
al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ahli keluarganya yang terbubuh pada kira-kira
6 pagi tanggal 10 Jun 1945. Lima keluarga Tik yang
mati dibunuh komunis ialah ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun
dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan
mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.
Mulai dari detik inilah kisah mencari Ariffin menjadi mauduk utama teater
“ TEMENGGOR “. Hasilnya mereka berjaya mementaslan karya aku yang aku jadikan catatan kisah keluarga aku. Taniah pelajar-pelajar USAS sesi ini. Aku berharap aku dapat menulis sesuatu lagii. Terima kasih pelajar-pelajar USAS. Semoga roh mereka yang mendahului kita sentiasa dirahmati-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


































