Saturday, April 18, 2020

TEATER " TEMENGGOR"

          TEATER TEMENGGOR 
Poster " TEMENGGOR "

Merdeka 2019
Ya... Agak dah lama... makan tahun juga. Kesibukan sering menjadi mangsa untuk sebarang alasan kerana tidak mencatat sesuatu dari sisi ini. Kali ini ingin dikisahkan tentang sebahagian aktiviti yang menjadi mainan. Teater... Biasa je... Bagi mereka yang berada dalam kelompoknya, ia bukan sesuatu yang luar biasa. Aku tak kisah kerana laman ini digunakan untuk menyimpan sesuatu catatan yang mungkin boleh dijadikan rujukan. Aku mula mengajar kelas Kurikulum Teater MPU 2441 di Universiti Sultan Azlan Shah mulai 2015. Pada Tahun ini, 2017, aku mengendalikan kelas ini sendirian setelah sahabat aku, Azman mengajar kelas gamelan di tempat yang sama. 

Pelajar Teater USAS
Apa yang menariknya ialah masalah mencari skrip yang sesuai membawa aku kepada penghasilan skrip yang berjudul " Temengor ". Sebahagian kisah " Temenggor " ini sudah pupus ditelan zaman. Mungkin 10 tahun akan datang, generasi Temenggor ini akan hilang akar umbinya. Perkataan "Temenggor " ini merupakan memori buatku. Walaupun saya tak berkesempatan untuk berada di sana tetapi dia berada di hatiku.
" AKU" dan pelajar
           Pada mula menerima pelajar-pelajar sesi 1/2017, aku berasa sangsi untuk menghasilkan pementasan projek akhir mereka. Kebanyakannya pelajar perempuan, Lelaki 5 orang saja. Yang perempuan pula, ada dua pelajar yang nampak mata saja. Aku memanggil mereka "Ninja" sebagai nama mesra. Tak dapat nak ingat nama semua... Rupa pun tak nampak. Yang lain, ok sahaja. Kebanyakannya mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. Aku bimbang dengan kebolehan mereka. Boleh ke mereka berteater pada projek akhir nanti. Sekali imbas memang tidak menyakinkan aku. Aku perlu bekerja keras untuk melatih mereka ini.
Antara pelakon " TEMENGGOR "
          Setelah enam minggu melatih mereka, tidak banyak perkembangan yang berlaku. Kehadiran keseluruhan sekitar 70% hingga 80% sahaja. Yang lelaki agak teruk sedikit. Tahap projeksi vokal masih lemah, aksi kurang memuaskan. Mereka masih malu dan masih macam "freshie" lagi. Lebih banyak senyap daripada berkomunikasi. Bertanya jauh sekali. So macam mana? Aku tak boleh mengajar menggunakan kaedah biasa. Mungkin perbezaan umur menyebabkan mereka malu untuk lepas laku semasa praktikal seni lakon. Masa ini juga aku sendiri ada masalah untuk memilih skrip yang sesuai untuk mereka. Kebanyakkannya perempuan... Lelaki yang 5 ini macam chipsmore...                   
         
Tentang skrip pula, tak banyak skrip yang boleh diperoleh secara percuma untuk tujuan pembelajaran. Kita boleh dapat banyak di internet tetapi kesesuaiannya boleh difikir semua. Apa yang aku peroleh ( pandangan peribadi sahaja ) penulis dari Indonesia lebih mudah berkongsi maklumat atau skrip dengan khalayak umum. Mudah memproleh skrip kisah negara seberang di internet secara gratis. Malaysia pun ada tetapi sekar memperoleh yang gratis. Tak kisah apa puncanya, penulis dan pengguna skrip mempunyai alasan tersendiri bagaimana memanipulasikan skrip. 
           Kesukaran ini bagus sebenarnya. Oleh kerana aku sukar memperoleh skrip yang sesuai, lebih baik aku hasilkan skrip sendiri. Banyak kelebihannya. Boleh pilih tema dan cerita sendiri, senang aturkan pelakon, bebas untuk membuat olehan dan penambahbaikkan serta mudah disesuaikan dengan kekuatan pelakon yang ada. Aku bukan nak bawa skrip ini untuk pertandingan, tetapi untuk pembelajaran sahaja. Pening punya pening maka terhasillah skrip " TEMENGGOR ".
Perjanjian Menyerah Kalah Pihak Jepun
kepada di atas kapal tempur USS Missuori
              Apa kisahnya tentang Temenggor ini? Sebahagian khalayak masa kini sudah lupa akan kisah-kisah sekitar tahun 40an di Tanah Melayu. Banyak kisah-kisah tahun tersebut tidak tercatat sebagai media bacaan masa kini. Teater TEMENGGOR mencerita kisah sekitar tahun 1945. Waktu itu, negara kita selesai menghadapi Perang Dunia Ke-2 selepas Jepun menyerah kalah dek pengeboman ke atas dua bandar utama di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Tentera Berikat. Pengeboman itu berlaku pada 6 dan 9 Ogos 1945. Upacara Penyerahan Kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kapal tempur Amerika Syarikat USS Missuori
Bendera Bintang 3
              Setelah Jepun menyerah kalah, tiada sesiapa pun yang memerintah Tanah Melayu ketika itu kecuali sultan-sultan yang memerintah negeri masing-masing. Tempoh kekosongan ini diambil kesempatan oleh komunis atau Parti Komunis Malaya untuk berkuasa.  PKM melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari. Sebenarnya pihak komunis  merupakan antara pasukan bersenjata yang memperoleh senjata daripada pihak British bagi tujuan untuk menentang pihak Jepun. 
Komunis Bintang 3
        Apabila Jepun kalah dan pihak Inggeris pula terkial-kial tak tahu nak buat apa-apa,  maka komunis naik tocanglah. Mereka bermaharajalela seolah-olah mereka menang dalam Perang Dunia Ke-2. MPAJA telah menggunakan lambang tiga bintang dan dikenali sebagai tentera Bintang Tiga. Mereka menjalankan undang-undang sendiri dengan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bekerjasama dengan Jepun tidak kira Melayu, Cina atau India. Seluruh negara pada masa itu mendapat bahana selama 14 hari angkara bintang tiga. Antara kesimpulan yang aku buat, ialah terjadinya tragedi 3B di negeri Perak ini. Teman orang Perak. Apa 3B itu? 3B itu mewakili 3 tempat yang tercetusnya tragedi di mana 3 buah perkampungan yang terletak di pinggir sungai dan pendalaman diserang Bintang 3. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Bekor di Manong, Kampung Beng di Lenggong dan Kampung Belum ( khususnya Temenggor ) di Gerik. Bukan di tempat lain tak terjadi peristiwa kekejaman Bintang 3. Ada tetapi 2 kampung iaitu Bekor dan Beng pernah aku lawati manakala opah,emak dan bapa saudara  aku dari Temenggpr.



Proses pemindahan bermula pada 
24 Jun 1976. Pagi-pagi lagi, 3 buah 
Nuri telah berlepas dari No 10 Skn, 
TUDM Kuantan,menuju ke 
Ayer Ganda, Gerik, untuk misi 
'Ops Pindah'Misi diketuai oleh 
Lt (U) Azmi  Ibrahim dengan 
krewnya 
Sekolah Kebangsaan Temenggor
            Aku memfokuskan kisah yang terjadi ini di sekitar Temenggor kerana kisah dalam teater Temenggor ini melibatkan ahli keluargaku. Temenggor ini merupakan sebuah tempat yang terletak dalam daerah Gerik di Hulu Perak. Siapa tak kenal Gerik yang penuh pelbagai kisah menarik? Sekitar tahun 1970an dahulu, Gerik terkenal dengan sejarah hitamnya dengan aktiviti pengganas komunis. Kegiatan ketenteraan dan pembenterasan pengganas banyak berlaku di Gerik ketika itu.  Namun, Temenggor kini sudah tidak wujud lagi setelah kampung ini lenyap ditenggelami air dengan terbinanya Empangan Temenggor. Antara tujuan pembinaan Empangan Temenggor adalah untuk mengekang komunis. Daripada cerita yang aku dengar banyaj struktur yang tenggelam di dasar tasik itu, Antaranya sekolah, rumah masjid dan sebagainya. Ada beberapa keping gambar dalam simpananku pemberian seorang guru yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Temenggor. Kata guru tersebut sekitar tahun tahun 1975 dia -dihantar mengajar di situ dan membeli sebuah kamera menggunakan filem warna. Katanya inilah zaman peralihan penggunaan filem hitam putih ke filem warna.  
Antara guru yang pernah aku temui ialah Cikgu Lop yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Temenggor pada masa itu. Kesemua penduduk di kawasan tersebut dipindahkan ke dua kampung baru iaitu Kampung Ganda Temenggor disebut juga Air Ganda ( air itu bermaksud sungai ) dan Kampung Belum Baru di Gerik pada tahun 1976. Almarhum Sultan Idris II ( Sultan Perak Ke-33 )  telah merasmikan Kampung Ganda Temengor dalam bulan Ogos 1976. Ketika itu aku baru Darjah Lima.di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Gerik ( sekolah ini pun dah tak ada ).
Senapang " KULAI"
          Apa ceritanya di Temenggor tu? Dah lari ke tajuk lain pulak! Ceritanya, pada satu malam di Kampung Temenggor ( masa 14 hari Komunis ), komunis mempunyai rencana untuk menangkap orang-orang kampung yang mempunyai "kulai"  iaitu sejenis senapang patah. Kalau tak silap saya senjata ini dipanggil kulai kerana larasnya akan terkulai seleoas menembak untuk dimasukkan peluru baru. Hal ini kerana komunis bimbang orang-orang kampung akan menentang mereka apabila mereka bertindak kejam ke atas orang kampung. Macam mana komunis sudah duduk dalam hutan di Hulu Perak pada masa itu? Jangan pelik! Pada masa Jepun memerintah, sudah ada gerakan masa menentang Jepun seperti MPAJA ( PKM ) dan Pasukan Force 136 ciptaan Tentera British. Mereka bersembunyi di hutan Hulu Perak untuk mengelakkan diri daripada ditangkap pihak Jepun.            
Aminah Arshad
         Salah seorang yang mempunyai senjata api di kampung itu ialah Ariffin ( datuk aku yang tak pernah aku temui ). Untuk mengelirukan orang kampung, komunis memasang mercun di sebuah titi di kampung itu dan beberapa anggota komunis sudah menunggu di rumah orang kampung yang disyaki mempunyai senjata termasuk Ariffin. Apabila mendengar bunyi letupan yang disangka senapang kulai, Ariffin pun mencapai senjata apinya lalu turun ke halaman rumah manaka isteri dan dua orangnya menyorok di belakang pintu rumah mereka. 
          Seperti yang dijangka Ariffin ditangkap oleh komunis yang menunggu di bawah rumah. Komunis merampas senjata " kulai " dan membawa Ariffin pergi. Malam itu merupakan malam terakhir Aminah ( isteri Ariffin ) melihat wajah suami kesayangannya dan itulah kali terakhir Ahmad dan Zainah ( dua anak Ariffin ) melihat kelibat ayah mereka. Ahhhh sedihnya! Sejak hari itu tiada sesiapa lagi yang menemui Ariffin. Ariffin hilang entah ke mana dibawa komunis Bintang 3. Ayah alu pernah mencari Ariffin setelah dia berkahwin dengan Zainah, anak perempuan Ariffin. Kalau korang nak tahu, aku ini cucu Ariffin. Sebab itulah aku buat skrip ini sebagai tribut untuk Ariffin dan mangsa kekejaman komunis. Korang ingat ahli keluarga Ariffin tak marah ke kepada komunis! Wajar kah mereka marah kepada komunis! Itu pun nak ditaburnya abu mayat Si Ching Peng tu di Bajaran Titiwangsa! Ikut suka hati mak bapak tiri jer keluarga Cing Peng ni!! ) Yang dalam kurungan ini janya satu luahan saja. Sampai ke ini tidak tahu khabar Ariffin. Hidup ke mati? Mati sudah tentu, tetapi di mana kuburnya? Hidup? Hanya kuasa Tuhan menentukannya.
Ahmad Ariffin
        Apa terjadi dengan isteri dan dua orang anak Ariffin? Mereka bersembunyi di belakang daun pintu rumah dan dengan izin-Nya pengganas komunis yang menyerang tidak dapat melihat Aminah dan anak-anaknya. Selepas komunis berundur, Aminah membawa anaknya turun dari rumah yang dibakar oleh komunis dan berlari menyusuri pembetung buluh menuju ke semak-samun untuk bersembunyi. Apabila hari menjelang siang, komuhis pun sudah hilang dari pandangan, Aminah berkumpul bersama-sama orang kampung yang terselamat dalam kejadian itu. Sebenarnya, hasil siasatan orang kampung mendapati bukan sahaja Ariffin yang dibawa pergi malah ada beberapa orang kampung termasuk wanita juga dilarikan komunis. 

        Kekejaman pihak komunis ini dapat dibaca dalam catatan Pn. Tik Sulong, 86 . Aku petik cerita ini yang hampir sama kisah yang diceritakan oleh emak aku, Zainah Ariffin. “ Mak Cik tidak akan maafkan dosa anggota pasukan komunis ‘Bintang Tiga’ yang membunuh dengan kejam lima ahli keluarga mak cik sampai bila-bila,” kata warga emas, Tik Sulong, 86 sambil meriba potret ahli keluarganya.Sesekali Tik yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Itam’ dikalangan penduduk Sungai Udang membetulkan kedudukanya di atas kerusi roda tanpa melepaskan bingkai potret yang diambil bersama ahli keluarga ketika beliau berusia 15 tahun. “Mereka (Komunis) bunuh ibu, Temun Manang dan empat lagi ahli keluarga mak cik tanpa rasa belas kesian walaupun berkali-kali arwah merayu agar tidak dibunuh dan wajah setiap pembunuh masih mak cik ingat hingga ke hari ini,” katanya sambil membacakan surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ahli keluarganya yang terbubuh pada kira-kira 6 pagi tanggal 10 Jun 1945. Lima keluarga Tik yang mati dibunuh komunis ialah ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.
Mulai dari detik inilah kisah  mencari Ariffin menjadi mauduk utama teater 
TEMENGGOR “. Hasilnya mereka berjaya mementaslan karya aku yang aku jadikan catatan kisah keluarga aku. Taniah pelajar-pelajar USAS sesi ini. Aku berharap aku dapat menulis sesuatu lagii. Terima kasih pelajar-pelajar USAS. Semoga roh mereka yang mendahului kita sentiasa dirahmati-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.



Thursday, October 4, 2018

KUALA MEDANG @ KOMDA

KUALA MEDANG
Image result for kuala medang pahang
Gambar: Sekolah Kebangsaan Kuala Medang
Sesuatu yang amat menarik kerana sesuatu yang tidak dijangkakan boleh berlaku. Inilah tentang Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang. Sebuah perkampungan di Pahang Barat. Apa yang menariknya..? Yang menariknya, saya dapat menulis sesuatu yang seolah-olahnya menjadi bahan kajian saya tanpa disangka-sangka. Perkampungan yang saya kenali pada tahun  1990 sewaktu saya mula bertugas sebagai seorang guru, masih dapat saya lihat perkembangannya sehingga kini, 2018. Saya seolah-olah sedang mengkaji bahan maujud yang dilihat secara kronologi masa. Saya berada dalam tempoh waktu itu dan masih bersama-sama Kuala Medang yang digelar KOMDA di saat ini. Sudah tentu banyak cerita yang saya boleh kongsikan bersama-sama insan yang menyelusuri blog ini. Saya sebenarnya bukanlah seorang guru di SK Kuala Medang tetapi bertugas di SK LKTP Tersang 1, Raub, Pahang. Namun, dek kerana sifat saya yang suka meneroka segenap kampung, membawa saya ke Kuala Medang.
Image result for kuala medang pahang
Gambar: Peta Kuala Medang
Ada beberapa perkara yang menarik di Komda yang boleh kita kongsikan bersama-sama. Berakit, buah-buahan dan pembangunan masyarakatnya antara perkara yang menarik. 
Dari kiri: Kamal, Zack, Aku, Man Rap, Awie, Mat Duan, Zaha dan Ijat.
Bergambar sebelum memulakan Ejspedidi 22 September 2018.
Berakit buluh merupakan aktiviti sukan lasak yang popular di sini kerana air Sungai Jelai amat sesuai bagi pencinta alam  untuk menikmati keindahan alam sekitanya. Kita boleh melihat budaya masyarakat suku kaum semai di Pos Betau, kanopi Sungai Jelai, mandi sungai, berkelah di pasir sungai, merempuh jeram-jeram seperti Jeram Dong, Jeram Bechong sambil menghilir Sungai Jelai dengan rakit buluh. Lebih jauh lagi menikmati ikan Sungai Jelai masak tempoyak Pahang. Aku mula melibatkan diri dengan aktiviti berakit ini sekitar tahun 1993 bersama-sama dengan Pengakap Kelana "A" Sungai Koyan dan TESL Hi Camp Club, ITM Shah Alam. Masa itu saya menganjurkan Program Water Survival di Jeram Tema ke Pos Betau dan kemudiannya dilanjutkan lagi dari  Pos Betau ke Kuala Medang. Walaupun peristiwa itu sudah mencecah usia 25 tahun, ia masih dalam kenangan. Inilah yang aku katakan kronologi peristiwa yang menjadi kajian tak ilmiah tentang Kuala Medang. Kalau aku tahu begini gayanya, boleh aku buat kajian tentang aktiviti berakit buluh. Berakit buluh dan cabarannya. 
Gambar: Program Berakit 22 September 2018 -
Aku Ijat dan Man Rap.
Pada 22 September 2018 baru-baru ini aku mengulangi semula aktiviti tersebut dalam usia 53 tahun bersama-sama beberapa veteren Ekspedisi Betau. Aktiviti tersebut dilaksanakan sebagai tinjauan kepada projek besar " X Betau 2019 ". Anak sulung saya yang pernah mengikuti XPDC berakit ketika usia 10 ketika itu turut serta di samping bertemu "sahabat lama" nya di sana. Kederat ini nampak masih ada lagi walaupun tinggal sisa-sisa sahaja untuk tatapan mereka yang akan datang. Walau pun tidak ramai X Betau yang menyertai ekspedisi kali ini, ekspedisi kali cukup santai dan nostalgia. Nama seperti Zack, Mizi, Mat Duan, Asri, Cikgu Zahar, Ijat dan Kamal masih bersama-sama menjenguk Sungai Jelai pada tahun ini.Keseluruhan masa berakit kali ini dari jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang. Lebih kurang 5 jam 30 minit... agak cepat sebab air naik sikit hari itu. Hujan di hulu sungai. Air sungai sudah macam Teh Ais. Kalau bubuh susu, jadi selalu Teh Aisnya. 
Gambar: Aku, Kamal dan Awie - Berehat di Sungai Jelai
selepas menempuh Jeram Bechong.
Kami sempat juga berehat di pasir setelah menempuh Jeram Dong. Kali ini tak begitu menyeramkan kerana air besar menutup batu-batu yang berceracak di permukaan air. Kata guide orang asli Kampung Lancang, air dah kering, pasir banyak. Rehat tu taklah bersedia beria-ia sangat .tapi seronoknya makan ramai-ramai, kongsi-kongsi. Aku bawa roti canai kembang. Ambil roti canai, siram kuah dan bungkus selama 2 atau 3 jam. Nampak macam anu jer... tapi bila dah sejuk menjadi juga. Kamal bawa kacang, Zack bawa nasi bungkus lauk sambal udang petai dan paru-paru. Mat Duan belanja kepala patin masak tempoyak, Mizi bawa pisang berangan, Ustaz Amin bawa cempedak hutan. Makan bukan nak kenyang sangat tapi untuk alas perut je. Usiapun dah tak berapa, bukan makan banyak pun. Ala kad jer... Sepatutnya kami masak "maggie" dan kopi panas, tapi tek terfikir pulak masa tu. Masing-masing kelam-kabut buat persiapan. Yang penting berakit.... makan nombor dua. Kalau pekena "maggie" kat situ barulah umphhh nya lebih dari yang biasa. " Moi Nong Moi".... 
Gambar: Zack dengan " Lesen"nya. Antara peserta yang
terlibat dengan Ekspedisi 1993.
Dalam ekspedisi kali ini, aku nampak Zack beria-ria jadi pilot belakang. Boleh... Lulus! Dia merupakan pelatih otai yang masih aktif dan kebetulan menetap di KOMDA. Itulah indahnya Kuala Medang. Kamal dan Ijat gilir-gilir jadi pilot belakang. Aku dengan Pak Rashid penduduk Kampung Lanchang, Post Betau -( anggota wataniah 505 ) bergilir-gilir jadi pilot depan. Pak Rashid, 48 tahun masih kuat dan lebih muda daripada aku gigih menjadi pilot depan. Aku ni kekadang jer... aku lebih suka mandi sungai... terjun dari rakit dan menyiram badan dengan topi. Macam bebudak tapi perghhhhh... siapa yang tahu nikmatnya. Aku rasa Zack patut ajak kengkawan dia yang dulu joint aktiviti ini pada masa akan datang. Reunion balik... Kawan dia banyak jadi peserta rakit buluh tahun 90an dulu. Aku rasa kalau reunion, tentu lebih havoc lagi.
Gambar: Zaha dan Zack atas rakit.
Gambar: Kamal - sebelum ekspedidi bermula.
Zahar pula gilir-gilir dengan anak buah wataniah dia. Ambil peluang relax betul. Tapi yang lawaknya dia buat idea gila ajak aku teruskan berakit sampai ke Kuala Lipis. Kerja gila. Guide Pak Rashid kata, dia orang dulu pernah bawa rakit ke Lipis untuk sukan berakit... pergh... dari pagi sampai senja baru sampai Lipis. Itupun kayuh tak berhenti-henti. Sampai Lipis rasa nak pengsan. Itu depa! Kalau kita, entah sampai  ke tidak.Tapi... kalau tidak ada hal dan cuti pun panjang, mahu gila juga rasanya. Yang sedikit tak seronok, Cikgu Man tak ada dalam ekspedisi kali ini. Kalau tidak tentu riuh-rendah jadinya. Kami banyak buat aktiviti bersama-sama dan kebetulan pula kami semua berasal dari Perak yang bertugas di Raub.Si Kamal pulak banyak ideanya. Tabiat dia kurang makan, kurang tidur. Dia punya projek serampang 16 mata. Hajatnya nak bawa balik buah "rock melon" dari medang melon. Buat bisness kecik-kecik. Selalunya dia punya persediaan agak detail dan kreatif. Budak pengakap le katakan. Idea pengakap merata-rata. Itupun sebelum datang ekspedisi, tak jumpa life jacket. Bila start berakit saja pakai jacket, 10 minit lepas tu jacket entah ke mana. Dengan aku-aku sekali... Otai ler deme kata. Sementelah tak jadi sesuatu yang buruk. Kalau bawa peserta kena pakai. Wajib....
Lepas tamat berakit, kami berehat di warung tepi sungai untuk menikmati roti canai. Masa ini baru tahu lapar. Setiap orang dua keping roti canai banjir dengan kuah kacang parpu. Pekana pulak Nescafe Ais... nak berjegel mata. Nak drive balik Kuala Kangsar. Aku citer sampai sini dulu... nanti sambung lagi.
Gambar: Santap dua keping roti canai banjir. Kalau ke Komda ni...
kena rasa roti canai kuah parpu yang sedap










Saturday, January 10, 2015

PERAK INTERNATIONAL JAMBOREE 2014 / JAMBORI ANTARABANGSA PERAK 2014.

 Jambori? Terma yang lebih popular dalam kalangan ahli pengakap seluruh dunia. Saban tahun ahli pengakap berkira-kira untuk menyertai mana-mana jambori yang dianjurkan oleh mana-mana Persekutuan Pengakap di pelbagai peringkat. Bagi mereka yang pernah menyertai jambori, sudah pasti akan menyertainya sekali lagi pada masa akan datang. Apa kelebihannya? Hanya mereka yang menyertainya sahaja yang lebih memahami. Kita bukan tidur di hotel malahan tidur bertemankan alam sekitar yang boleh dipertikaikan keselesaannya. Kesukaran itu sememangnya sudah diduga dan itulah antara perkara yang dicari.
Kali ini, Jambori International Perak 2014 ( JIP 14 ) menjadi aktiviti penutup bagi kegiatan pengakap aku. Jambori ini satu nostalgia besar buatku. Hal ini kerana, jambori tersebut diadakan di Teluk Batik Lumut setelah sekian lama menyepi tanpa jambori.Jambori kali ini diadakan dari 24 November hingga 30 November 2014 di Pantai Teluk Batik, Lumut Perak. Kali terakhir jambori diadakan di sini pada tahun 1989 ketika usia remaja aku 24 tahun dan kali ini, 2014, diadakan ketika usiaku 49 tahun.
Jambori Pengakap Perak Tahun 1989. Nostalgia
Dua zaman yang berbeza, dua kedudukan yang berbeza, dua tanggungjawab yang berbeza. Masa muda kemudian masa tua ( bakal menjadi warga emas ). Usia bukan penghalang untuk terus aktif. Kali ini aku dipertanggungjawabkan untuk mengurus sekumpulan sukarelawan jambori atau dikenali dengan nama pasukan petugas.
Seramai 467 petugas yang didaftarkan untuk membantu jambori kali ini. Jumlah ini dikira belum dapat menampung jumlah peserta seramai 6,483 orang dari seluruh negara. Pasukan petugas ini terdiri daripada anggota pangakap kelana ( KLKM ) dari Institut Pendidikan Guru, universiti dan politeknik tempatan. Rata-rata merupakan mahasiswa atau remaja yang sudah matang. Tugasan ini merupakan cabaran yang besar namum dapat ditangani dengan penuh komitmen dan sokongan rakan-rakan seperti Ahmad Zulmat, Asri, Amin, Shahrom dan Faezin ( adik Zul Huzaimy ). Kami sebenarnya berasal dari satu pasukan iaitu Kelana Ke-16 ( Terbuka ) Hulu Perak dan mula aktif berpengakap sejak 1977 lagi. Sesekali, aktiviti sebegini menguji kemampuan mental dan fizikal kami yang telah "makan tahun" berpengakap. saya selaku pengurus petugas yang memasang impian agar para petugas belajar sesuatu terutamanya dari segi pengurusan dan memantapkan pengetahuan pengurusan jambori. Selain itu, saya berharap agar para petugas menanam sikap kesukarelaan yang tinggi teruta-manya mereka yang terdiri da-ripada kalangan pelatih-pelatih daripada Institut Pendidikan Guru dan juga Institut Pengajian Tinggi kerana pengalaman ini penting untuk mereka pratikkan ketika berkhidmat di sekolah dan alam pekerjaan kelak. Selain itu, saya juga berharap para petugas menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi supaya Jambori Antarabangsa Perak 2014 berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut merupakan lagu rasmi jambori kali ini.

Setinggi-tinggi pujian harus dikalungkan buat Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak iaitu Tn.Hj. Azam Mahmud kerana telah berjaya melaksana jambori kali ini dengan cemerlang. Keseluruhan jambori berjalan lancar tanpa sebarang musibah yang menimba. Ternyata Tn. Hj. Azam mempunyai kekuatan bersama-sama pasukannya yang memberi impak besar dalam jambori ini. Begitu juga dengan Tn. Azizul, Tn. Khairul, Tn. Fadil, Tn Mahizam, Tn. Azlan dan selainnya yang merupakan sumber kekuatan jambori.
Logo Jambori Antarabangsa Perak 2014.

Lagu Rasmi Jambori Antarabangsa Perak 2014
“Apresiasi Budaya dan Pelancongan”

Selamat datang anda semua
Ke Jambori Antarabangsa Pengakap Negeri Pe-rak
Di Teluk Batik kita berjumpa
Semaikan persaudaraan sesama kita
Mari jayakan dan apresiasi
Budaya dan pelancongan warisan bersama
Jom ke Jambori, Jom ke Jambori!
Pengalaman berharga jadikan kenangan
Jom ke Jambori, Jom ke Jambori!
Sematkan diingatan Jambori Pengakap Perak
(Ulang *)
Sematkan diingatan Jambori…
Pengakap Perak!


Komposer: Zaharah Abd Manaf
Lirik: Ahmad Azam Shah
Gubahan: Ismail Ahmad Nawab

MALAM GILLWELL 
Majlis Pengkalungan Manikayu 2 Beat Pengakap Kelana
oleh Dato' Paduka Haji Mohd Syukur Mohsin,,
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Malam Gillwell telah diadakan pada jam 9.00 malam di Dewan Pahlawan, Teluk Batik Recreational Resort. Tujuan Malam Gillwell ini adalah untuk penganugerahan dan pengkalungan Manik Kayu 4, 3 dan 2 biji kepada para penerima yang telah lulus. Perkara yang menarik sekali ialah aku dikalungkan Manik Kayu keduaku. Kali pertama aku dikalungkan Manikayu Pengakap Kanak-Kanak dan kali ini Manikayu Pengakap Kelana. Satu pencapaian yang perlu direnung kembali setelah sekian lama berpengakap. Seramai 107 orang penerima layak menerima anugerah tersebut. Salah seorang penerima Manik Kayu 2  ialah YB Dato’ Drs. Mohd Nizar Zakaria (ADUN Tanjung Belanja, Bota). Acara bermula selepas ketibaan tetamu jemputan iaitu Dato’ Paduka Hj Mohd Syukur b Mohsin. Majlis pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa diikuti majlis Istiadat Penganugerahan Manik Kayu oleh Dato’ Paduka Haji Mohd Syukur Mohsin selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

 ZUL HUZAIMY
Bersama-sama aktor Zulhuzaimi Marzuki dan sukarelawan TATI, Dungun.
 Ramai yang mengenali aktor ini dengan karya-karya filem dan drama yang tersohor. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa aktor berbakar ini juga merupakan ahli pengakap. Beliau adalah ahli Pengakap Kelana Ke-16 ( Terbuka ) Hulu Preak yang juga duta Pengakap Perak. Kehadiran beliau ke jambori ini memberi impak yang besar terhadap persepsi remaja tentang dunia kepengakapan. Kesian kepada beliau kerana menghadapi kerenah ahli-ahli pengakap yang ingin bergambar dengan beliau. Beliau tetap sporting dan melayani setiap permintaan. Besar sugguh jiwa kesukarelaan dalam diri aktor ini. Tahniah, Zul!

AMIR BAKI
Allahyarham Amir Baki semasa bertugas di Anugerah Rambu Pengakap 2013
 di Kem Desa Rimba, Sauk, Kuala Kangsar, Perak.

Satu-satunya nama yang mengukir seribu kenangan buat semua ahli pengakap terutamanya di negeri Perak. Beliau merupakan salah seorang Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak yang aktif dan kalau tidak silap saya memegang jawatan Setiausaha Program. Berperwatakan riang, aktif dan penuh dengan nilai lelucun yang menghiburkan. Beliau merupakan antara peran utama yang menjayakan Jambori Antarabangsa Pengakap Perak namun tidak dapat melihat sendiri kejayaan jambori kali ini kerana terlebih dahulu dijemput-Nya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Monday, December 10, 2012

SUKU KAUM BATEK, SUNGAI KENIYAM, KUALA TAHAN, PAHANG

KUALA SUNGAI KENIYAM
7 Disember 2012 - Sungai Keniyam, Kuala Tahan, Pahang. Taman Negara yang ditaburi hutan hujan khatulistiwa menerima kunjungan pegawai LINUS dan Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Mereka tidak bersendirian kerana ditemani oleh penghuni Taman Negara iaitu masyarakat orang asli daripada suku kaum Batek. Kami ke sana untuk melakukan kajian dan lawatan penanda aras di daerah Jerantut, Pahang. Kami juga akan meninjau kekuatan dan kelemahan program "JOM KE SEKOLAH" yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi.
PEMANDANGAN PAGI DI TEBING SUNGAI TEMBELING Hal ini bertujuan untuk mengatasi kadar kehadiran yang rendah dalam kalangan masyarakat suku kaum Batek di Sungai Keniyam. Diberitakan bahawa program membawa mereka ke sekolah hanya bertahan selama dua hari sahaja. Hal ini disebabkan banyak faktor menolak yang perlukan penelitian khas semua pihak terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada PPD Jerantut kerana menjalankan usaha murni membawa mereka ke sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar SK Kampung Pagi, Cikgu Jamal yang banyak membantu kami dan juga masyarakat di sana.
Orang-orang seperti mereka memainkan peranan bukannya sedikit dalam merealisasikan tranformasi dalam kalangan masyarakat orang asli Batek. Saya juga berharap agar guru-guru di SK Kampung Pagi mengekalkan usaha mereka dengan penuh komitmen dan ikhlas. Mereka memerlukan sokongan dari segi material dan moral. Selain itu, saya juga ingin mengetahui dengan lebih mendalam bahasa yang digunakan oleh suku kaum Batek dan penguasaan mereka dalam Bahasa Melayu.
Sungai Keniyam terletak kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari Kampung Pagi, Kuala Tahan. Untuk ke sana, kami perlu memohon permit masuk dengan bayaran RM1 kepada pihak berkuasa taman negara. Jika hendak memancing perlu ada permit khas dengan bayaran RM 10. Namun untuk ke Sungai Keniyam memerlukan alasan yang kukuh memandangkan kawasan tersebut dalam kawasan Taman Negara Pahang.Kuala Sungai Keniyam yang bertemu dengan Sungai Tembeling mempunyai air yang jernih, adakalanya berwarna hitam pada dasar yang dalam. Sungai Tembeling juga agak jernih tapi masih berwarna teh tarik kurang pekat. Mungkin belum masa tengkujuh. Sepanjang hari kami di sana, hujan turun hanya pada sebelah petang membawa ke malam. Ternyata pemandangan di sekitar Sungai Keniyam lebih segar dan asli. Airnya jernih sehinggakan kelihatan batu-batu di dasar sungai, pasir dan anak-anak ikan yang pantas berenang di celah bangkar dan reba. Di tebing sungai, daun-daun dan ranting pokok-pokok besar menutupi ruang langit yang mewujudkan kanopi semulajadi. Air yang mengalir deras akan melalui kawasan cegar yang berbatu-batu dan kembali perlahan di kawasan lubuk-lubuk kecil yang kelihatan kehitaman. Sukar mencari sungai yang mempunyai ciri-ciri keaslian sebengini terutamanya di kawasan bandar.
Pemanduan bot muatan empat orang ( jumlah yang ditetapkan oleh pihak taman negara )melalui sungai kecil tidak begitu laju. Pemandu bot memerlukan pembantu untuk merentasi jeram- jeram kecil dan cegar kerana dibimbangi bot akan terlanggar batu atau batang kayu balak yang tumbang. Walaupun sebahagian pemandu bot tersebut muda-muda belaka namun mereka sangat mahir mengendalikan bot tersebut. Kebanyakkan mereka terdiri dari orang Melayu sekitar Sungai Tembeling. Pekerjaan ini merupakan satu daripada punca rezeki masyarakat di sini yang terlibat secara langsung dalam bidang pelancongan. Dalam kalangan mereka ada seorang pemandu bot dari suku kaum Batek tetapi bukan berasal dari kampung tersebut. Dia mungkin berasal dari kampung sekitar Sungai Tembeling kerana dia jelas ramah dan pandai bergaul dengan orang lain. Di kampung ini terdapat sebuah bot gentian kaca yang kecil dipandu oleh salah seorang penduduk kampung. Wah, pemandu bot ini lebih hebat. Dia memandu bot ke hulu semasa kami datang macam merempit saja. Mencanak hujung bot tersebut meredah liku-liku Sungai Keniyam. Siap macam " willie" je. Betul ke ejaan tu?
Perkara yang menarik ialah kita akan bertemu dengan masyarakat orang asli dari suku kaum Batek yang tinggal di tebing sungai ini. Sebenarnya, suku kaum Batek tinggal disepanjang Sungai Tembeling dan sungai-sungai lain sekitar Taman Negara Kuala Tahan.Cuma di Keniyam ini agak jauh sikit. Kalau tak kerana ada program yang hendak dijalankan, susah juga hendak ke sini.Sewaktu kami sampai, tiada sambutan dari penduduk kampung. Setengah jam pertama tak ada yang nak tanya apa-apa. Macam tak diundang saja. Saya tidak berasa begitu. Hal ini kerana mereka sentiasa berhati-hati menerima orang luar. Mungkin bimbang akan ancaman, mungkin rasa rendah diri atau malu. Tapi belum kenal belum tahu. Sampai di kawasan kampung, hanya kelihatan kaum lelaki dewasa sahaja yang mundar-mandir. Sebenarnya sikap mereka yang mundar-mandir ini bertujuan ingin meninjau keadaan dengan rasa ingin tahu siapa yang hadir. Kalau pejabat kesihatan atau doktor, sudah tentu mereka tidak akan menampakkan diri. Tak nampak langsung kaum wanita. Tapi, saya nih macam biasalah, ada pengalaman dengan kaum Semai di Pos Betau, Kuala Lipis.
HASHIM, PEMUDA SUNGAI KENIYAM, KUALA TAHAN. Antara cara untuk berkomunikasi dengan cepat adalah dengan menggunakan rokok. Hisap rokok memang tak bagus tapi bak kata kengkawan, rokok boleh menjalinkan hubungan dengan cepat. Saya minta rokok daripada seorang rakan ( Shukri Md Ani). "Rokok Dunhill bang!!! Habis nanti! Mahal tu!" Jerit Shukri. Nak berjaya korban sikit bro. Saya terus menuju ke arah seorang pemuda Batek yang bernama Hashim. Fuhh...nama! Sedap sebutan "Shim" nya. Senang saja. Kita tawarkan rokok dan nyalakan rokok itu sebagai tanda hormat, maka dapatlah kita berbual-bual dengan mereka. Hashim ini mukanya selamba saja. Pakaian boleh tahan kemas. Saya lihat rata-rata pemuda di sini sudah pandai bergaya. Berseluar semuanya. Dia hisap rokok pun slow. Sedut dalam-dalam, relax habis. Senyum tidak juga tapi masin ada respon. Tanya sepatah jawab sepatah. Mungkin belum yakin lagi agaknya. Rugi! Rugi! Lepas itu cari pulak yang tua sikit ( Usop ). Usop ini mudah sikit. Nampak macam bersedia hendak ditanya. Kena sebatang, laju saja ceritanya. Soalan yang nak ditanya senang saja; Pertama, tanya nama, lepas itu tanya rumah batin ( malok dek batin - guna bahasa Semai sebab dia boleh berbahasa semai ). Soalan ketiga: apa sebutan rokok dalam bahasa Batek. Dengan Usop senang saja, tanya berapa cucu? berapa anak? Berapa bini jangan tanya!Usop mudah tersenyum dan peramah berbanding Hashim. Dia ada pengalaman bergaul dengan kaum Semai sebab itu dia boleh cakap semai dengan saya. Sayapun bukan pandai juga, "shikit-shikit" jeh. Makan itu apa dalam bahasa Batek? Chibab katanya. Sebenarnya bertanya tentang bahasa agak mudah juga untuk berbual-bual. Mereka sebenarnya bijak juga berbanding dengan kita. Mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik tapi kita langsung tak tahu bahasa Batek. Siapa pandai? Saja nak usik jer.
( USOP, KETUA TAK RASMI, SUKU KAUM BATEK, SUNGAI KENIYAM, KUALA TAHAN, PAHANG ) Begitulah caranya hendak memulakan komunikasi dengan cepat. Apabila sudah ada kepercayaan dan mengesahkan kami bukan dari pejabat kesihatan, maka mudahlah kerja kami. Dalam pada itu, lalu seorang ibu muda yang kelihatan amat letih dan lesu. Dia mengelek kain yang didalamnya ada anaknya yang baru dilahirkan. Tidak berbedung. Kaki bayi itu terjulur keluar sebab kain itu kecil agaknya. Tak sempat saya nak rakamkan gambarnya. Usop kata dia baru tiga hari bersalin. Dah berjalan dah. Dia diberi minum air daun meroyan dan bertungku dengan batu sungai yang didiangkan ( panaskan tepi unggun api ). Mereka mampu "survive" dalam keadaan sebegitu dengan cara mereka sendiri. Nampaknya perubatan tradisional masih diperlukan dalam kalangan masyarakat yang tinggal di tebing Sungai Keniyam atau Sungai Tembeling. Memang susah nak lihat kelibat kaum wanita lebih-lebih lagi anak dara suku kaum Batek. Kalau sekali fikir macam teruk sangat mereka bersembunyi dalam rumah mereka. Ini persepsi yang salah. Setelah beberapa lama berbual dengan kaum lelaki, muncullah anak dara mereka yang unik-unik itu. Fuhh... sudah pandai bergaya. Mereka berpakaian lengkap, bergincu dan berkemas diri. Mereka memang minat untuk bergaya cuma kurang mampu dan tiada peluang. Kalau kita pandai bersembang, mereka juga mudah memberi respon. Paling kurang mesti dengan senyuman. Yang menariknya mereka boleh berbahasa Melayu.
Antara perkataan yang saya dengan dari mulut mereka ialah "sikat". Yang menghairankan tetapi tak pelik kepada saya ialah salah seorang di antara mereka bergincu. Merah bibirnya. Mana dapat gamaknya? Mungkin dibeli di Kuala Tahan atau Kampung Bantal. Ada Pekan Sehari di sana. Kebanyakan rumah ( lebih sesuai dipanggil pondok atau dangau dibuat daripada sumber asli seperti tiang batang kayu bulat empat hingga enam batang, atap daun salak atau bertam, dinding batang bertan dan lantai buluh. Pondok ini hanya boleh bertahan sekitar setahun atau setahun setengah sahaja. Pondok ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruangan bilik ( satu sahaja ), berenda terbuka berlantai buluh dan bahagian depan tanpa lantai ( atas tanah sahaja ). Bahagian itu terletak unggun api mungkin untuk berdiang bagi memanaskan badan, menghalau binatang buas atau nyamuk. Menurut Cikgu Jamal ( Guru Besar SK Kampung Pagi ) mereka yang berada di pedalaman lebih "simple" lagi iaitu menggunakan pondok pisang sesikat. Hal ini kerana mereka lebih kerap berpindah-randah. Oleh itu, mereka tidak memerlukan rumah yang teguh dan besar. Cukup untuk menampung keluarga kecil dalam jangka masa yang singkat. Berbalik kepada tujuan asalprogram ini iaitu ingin menarik minat kanak=kanak ke sekolah, FasiLINUS PPD Kuala Kangsar sedia memainkan peranan. Yang lelaki, Hairolzaman dan Abd rauf sibuk dengan kerja-kerja dokumentasi mereka. Yang perempuannya, Esah, Yusnita dan Linda tak kurang hebatnya. Terjegil juga mata ibu bapa kanak-kanak suku kaum Batek melihat mereka. "Make up" tentu sekali. Usoppun tersengeh menengok gelagat mereka. Siap uniform FasiLINUS PPD Kuala Kangsar warna oren belang hitam ( bukan belang rimau ). Mereka mengagihkan buku dan pensel warna sambil mencari kanak-kanak di sana untuk melakukan tugasan yang dusediakan. Daripada pemerhatian saya, walaupun mereka agal pemalu tetapi emreka memberi respon untuk belajar.
Dari segi IQ mereka juga tidak ketinggalan jika dilihat cara mereka meneruskan kemandirian hidup. Mungkin bahasa menjadi penghalang untuk berkomunikasi. Kalau saya nak menjayakan kempen " JOM KE SEKOLAH" beberapa cadangan perlu duberi perhatian. Pertama, oleh kerana mereka tidak dapat datang ke sekolah, kita yang datang ke tempat mereka. Mereka agar sukar ke sekolah kerana masalah pengangkutan, perbelanjaan, kesediaan mental dan persekitaran yang berbeza. Kedua, masa belajar perlu disingkatkan pada peringkat permulaan. Dua jam cukup kerana tempoh yang lama akan membebankan pemikiran mereka dan tugas guru. Cikgupun boleh kering ide ooooo. Ketiga, disebabkan masalah bahasa kita ajar subjek yang tidak menilai kemahiran berbahasa tetapi menerap budaya belajar. Subjek yang sesuai mungkin Seni Muzik, Seni Visual, Seni Lukis dan Kraftangan. Yang penting mereka memahami budaya berkumpul, mendengar arahan dan melakukan tugasan. Jika hendak mengajar matematik pun biarlah dimulakan dengan kemahiran asas tambah dan tolak. Lita boleh menggunakan pendekatan pedagogi pribumi. Kenapa bahasa tidak diberi perhatian? Fikirkan... matematik tu, kita nak ajar bahasa ke konsep? Jika nak belajar konsep, bahasa apa pun tak mengapa asalkan dia boleh faham konsep tersebut. Belajar memasak pun tak mengapa asalkan dia biasa dengan budata berguru. Keempat belajo saja kalau perut lapo, tak guna. Buat macam pra sekolah, makanan disediakan. Kelima, yang paling penting ialah gurunya. Siapa yang nak berkorban harta dan nyawa untuk mengajar di sana dengan masyarakat di sana? Oleh itu, kita cari guru yang mempunyai inisiatif yang tinggi, sediakan bot, pemandu bot, penyedia makanan, pondok macam sekolah, ABM yang ringkas, masa mengajar 2 jam sehari ada elain lagi. Apa? Ngada-ngada? Bukan ngada-ngada tapi bukan senang nak cari guru yang sanggup. Bukan tak ada, ada guru yang berkebolehan tapi mesti kena gaya. Menang sama memang, okaylah! Kerja susah tu.. pulak tu tak ada kemudahan dan fleksibeliti. Kalau tak sanggup sediakan semua itu... buah betik, buah mempelam. Kirim salam nak berjaya. Mesti ada motivasi apabila menghadapi sesuatu kesukaran. Kalau hantar guru yang tak ada minat, keistimewaan pun tak mandang ( kata orang Perak ) leboh le... Ini perlukan projek NKRA.

Wednesday, October 24, 2012

TEMENGGOR YANG HILANG

Aku mula sedar tentang sejarah kecilku yang merupakan sebahagian daripada sejarah negara kita mahupun dunia semasa berusia 10 tahun. Sewaktu aku mencari daun pegaga untuk dibuat ulam di sekitar Pecah Batu, Lawin, Gerik sekitar tahun 1975, aku diceritakan sebuah kisah oleh nenek aku ( Opah Aminah Arshad atau dikenali sebagai Pah Lawin) tentang 14 hari Komunis memerintah. Menurut beliau, sebaik sahaja Jepun menyerah diri pada tahun 1945, pihak komunis telah membuat huru- hara di Kampung Temenggor, Hulu Perak. Sewaktu itu nenek aku masih kecil, mungkin belum berumur sepuluh tahun. Beliau bersama suaminya bernama Ariffin mempunyai sepasang anak iaitu bapa saudara aku yang bernama Ahmad dan ibuku, Zainah. Keluarga ini tinggal di Kampung Temenggor. Pada masa itu Empangan Temenggor belum dibina.Pada suatu malam, sekitar tahun 1945 ( 14 hari komunis bermaharajalela) kampung tersebut dikejutkan dengan beberapa siri letupan seakan-akan bunyi tembakan senjata api di sebuah jambatan kecil. Seisi keluarga terkejut. Tiba-tiba terdengar suara orang memanggil datuk aku turun ke bawah rumah. Datuk aku segera mencapai senapang kulai ( senapang patah ) dan menguak daun pintu. Belum sempat datuk aku berbuat apa-apa beberapa orang, barangkali komunis, telah menangkap datuk aku. Beberapa orang yang lain segera melempar obor api ke dalam rumah. Api marak dengan cepat kerana rumah pada masa itu dibuat berdindingkan batang pokok bertam dan atap berdaun nipah.Kata Pak Long Mat ( Air Ganda, Grik ), cucur atap terbakar. Pak Long Mat ialah bapa saudara aku iaitu abang emak aku. Baru-baru ini ( 20 Oktober 2012 ) aku pergi ke Air Ganda, Grik kerana beliau jatuh sakit tetapi telah pulih semula. Sambung cerita semula. Kebetulan nenek aku serta dua orang anaknya bersembunyi di belakang daun pintu dan orang-orang yang menangkap datukku tidak menggeledah rumah tersebut. Mereka berlalu dalam keadaan tergopoh-gapah. Dalam keadaan kelam kabut bercampur cemas dan takut, nenek aku segera memegang kedua-dua anaknya, melompat ke bawah rumah kemudian lari ke arah sungai meniti buluh tiga batang yang terbakar. Aku sudah lupa nama benda ini. Mereka bersembunyi di sebalik banir kayu ( pangkal pokok besar ) dalam semak samun di sekitar tepi hutan sehingga dipanggil orang. Bermula dari sini nenek aku memulakan perjalanan untuk survivalnya ke Kampung Kenayat, Gerik dan Bukit Puteri, Lenggong dan berkampung di sana. Apa yang berlaku kepada datuk aku? Menurut ceritanya lagi, datuk aku dilarikan ke hutan oleh komunis. Bukan dia seorang tetapi ramai yang dilarikan. Sejak itu datuk aku tidak pulang-pulang sehinggalah nenek aku meninggal dunia pada tahun 1987.
Antara kisah lain yang sewaktu dengan kisah ini ialah kisah Cikgu Lijah. Dikhabarkan oleh Pak Long Mat anak Cikgu Lijah yang masih kecil dilambung oleh komunis ke udara lalu ditikam dengan benet.Walaupum semuanya telah berlalu namun kisah-kisah zaman komunis masih terpahat erat di fikiran aku. Ayah aku juga telah berusaha untuk mencari datuk aku, namun semuanya hampa.Begitulah sebahagian sejarah yang terjadi pada zaman komunis seperti yang berlaku di beberapa daerah lain di Kampung Belum ( Grik), Kampung Beng ( Lenggong ), Kampung Bekor ( Kuala Kangsar ) dan kampung-kampung yang lain. Secara strategiknya kampung-kampung ini terletak di tebing Sungai Perak.Apabila aku dewasa, sejak di tingkatan enam ( 83/84) aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan sejarah sekitar tahun-tahun 1940an sehingga merdeka. Kisah-kisah ini mungkin menjadi sejarah namun sejarah dipelajari untuk kita terus memacu kehidupan pada masa depan. ( Bersambung...)
Sewaktu bertemu dengan Pak Long mat ( Ahmad bin Ariffin, No. 26 Kampung Air Ganda Temenggor ), aku minta beliau ceritakan kisah itu semula. Nampaknya ingatannya masih kuat walaupun kadang-kadang sedikit gagap. Apabila Empangan Temengor dibina penduduk kampung di Temenggor dan Kampung Belum dipindahkan ke kampung Air Ganda dan sebahagian lagi di Kampung Belum Baru, Kenering. Sebuah sekolah di Temenggor iaitu Kebangsaan Temenggor ditutup dan ditenggelami air pada tahun 1975. Hilanglah sebuah sekolah kebangsaan. Kisah ini mungkin akan lenyap jika tidak dibongkar kembali untuk tatapan anak cucu. Hari ini, ( 27 September 2014 ) aku kembali membuka ruang untuk tajuk ini. Sudah lama benar tidak menulis tentang Kampung Temenggor. Kali ini, ada sedikit penambahbaikan yang boleh kita kongsi bersama tentang cerita ini. Pertama sekali, kisah tentang sekolah Kebangsaan Temenggor yang telah lenyap di dasar tasik. Sebenarnya aku ada menyimpan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Temenggor.
Gambar ini aku peroleh daripada salah seorang guru yang pernah mengajar di sekolah tersebut. Sayang sekali aku sudah lupa namanya. Waktu itu kami bertemu dalam sebuah mesyuarat di Jabatan Pendidikan Perak. Sambil berbual-bual sebelum mesyuarat bermula, aku dapat tahu bahawa beliau pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Temenggor. Penempatan pertama beliau sebagai guru. Beliau membawa sebuah kamera hitam putih dan pada tahun 1975 filem warna mula digunakan. Sekolah terakhir beliau mengajar ialah di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi di Air Panas, Gerik. Besar sungguh jasa beliau yang merakamkan peristiwa ketika itu walaupun beliau tidak dapat menulis sesuatu tentangnya. Oleh itu terdapat gambar hitam putih dan gambar warna yang pertama di Kampung Temenggor ketika itu. Jangan lupa! Ini merupakan sejarah besar. Pada tahun 1975 Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah 75 diadakan di sekolah tersebut dan sekeping gambar telah terakam penuh nostalgia.
Kenapa saya kata sejarah besar? Hal ini kerana pada tahun hadapan, 2015 genaplah hampir 40 tahun sekolah dan majlis itu diadakan. Pada tahun 1976, majlis tersebut kekal di dasar tasik. Terdapat gambar suasana yang tiada perbezaannya dengan suasana persekolahan di tempat-tempat lain di negara kita. Terutamanya di kawasan pendalaman. Gambar bangunan Sekolah Kebangsaan Temenggor memang gah pada masa itu dan kini tiada lagi bangunan seumpana itu dapat dilihat. Jika adapun, sukar ditemui. Ada beberapa orang yang saya kenali berdasarkan beberapa keping gambar yang saya peroleh. Teritamanya gambar Cikgu Lope iaitu guru besar sekolah tersebut pada masa itu.
Cikgu Lope antara guru besar yang tersohor di Hulu Perak. Mengikut maklumat yang saya peroleh, cikgu Lope juga menyimpan koleksi gambar di Temenggor. Namun, beliau telah meninggalkan kita. Cikgu Lope juga tinggal di rumah No. 1, Kampung Air Ganda, Gerik. Mungkin beliau juga akan tersenyum seandainya beliau membaca blog ini kerana hasil usahanya berjaya menjadi tatapan anak bangsa pada masa hadapan. Guru sekarang perlu belajar sesuatu daripada beliau terutama tentang kegigihan seorang yang bernama guru. Selain itu, kalau tidak silap saya ada juga gambar saudara aku sendiri yang dipanggil " Peyoh" anak Pak Long Nan. Kalau tak silap lagi namanya sebenarnya Firdaus bin Adnan.

Tuesday, October 9, 2012

BUAH LEMBA KELAPA PUYUH

Ya Rabbi... Rupa-rupanya tahun 2012 ni aku tak menulis apa-apa. ( Setakat 9 Okt 2012 ). Entahlah! Tubuh ini sudah tua benar berbanding usia. Itulah yang dinamakan dimamah usia. Mata melihat suasana yang kelabu, rambut sudah turun ke dagu, kelopak mata mula layu. Jangan dikesali dengan perkara yang dihadapi, tapi sedari perkara yang terjadi. Sudahlah, tu! Jangan merepek lagi. Kali ini cerita buah lemba kelapa puyuh. Ada orang panggil pokok kelapa puyuh tapi buahnya buah lemba. Tapi ada juga orang panggil pokok lemba. Rupanya macam pokok pinang yang baru tumbuh. Kira-kira tingginya 2 kaki dari aras bumi.
Buahnya macam punjut mercun pop dalam satu gugus. Isi buahnya kalau sudah masak ada biji-biji hitam macam biji sawi dan berlendir. Bunganya kuning. Buah ini kalau dikunyah, lepas itu minum air kosong rasa manis. Zaman aku jadi bebudak pengakap dulu, aku dah kenal buah ini. Sesuai untuk dijadikan sumber makanan survival. Tidak perlu beli gula kalau nak masuk hutan. Rasa manis percuma. Emmm... cerita biasa saja.
Minggu lepas, 5 Oktober 2012, aku bawa semua anak-anak aku ke Cameron Highland. cadangan hendak berehat sehari saja. Anak-anak tetap ikut walaupun selalu sangat ke sini. Hendak balik kampung isteri, sekarang lalu kat sini. Bosan agaknya tengok pekan Brincang yang sesak barat jika hujung minggu sebab pasar malam, aku cadang nak merayap je dalam hutan. Yang tak masuk hutan, tunggu saja di Jabatan Hutan C.Hingland. Aku bawa anak-anak No.2( 17 tahun ),No.5 ( 6 Tahun ) dan No.6 ( 5 tahun ). Hendak buat koje giler ler tu. Bawak bebudak kecik masuk hutan. Jalan dalam hutan yang dah terang kuranglah susahnya. tapi hutan tetap hutan. Hijau dan punyai aroma yang tersendiri. Bening. Dalam hutan ini lah jumpa dengan kelapa puyuh. Sebenarnya musim hujan sekitar November hingga Januari, pokok kelapa puyuh kurang berbuah. Musim kering mungkin banyak. Selain itu, kami juga jumpa dengan pokok periuk kera di sempadan Perak / Pahang. Tidak ada kera pun. Aku tak tahu macam mana nak kaitkan pokok ini dengan kera. Pokok ini memerangkap air dan serangga kecil. Ada orang di Kampung Rambai Tujuh menggunakan periuk kera untuk tanak pulut musim raya.
Tapi periuk kera yang mereka gunakan jenis yang pendek dam dompok. Yang aku temui ini, panjang sikit. Orkid pun ada juga, tapi yang asli. Cantik juga. Kalau di kawasan ini tangkainya panjang sedikit, bunga warna ungu. Biasa jer. Yang tak biasanya kena kerabat bukit kalau nak tengok. Syok juga! Duduk mengadap gunung-ganang sambil pipi diulit bayu sejuk pergunungan.

Saturday, August 11, 2012

SILAT LINTAU TUA

LOGo SILAT LINTAU -
Gelanggang di Bagan Serai.
ABU KASSIM - Latihan di
Gelanggang Bagan Serai. (
 Rumah Jabatan Hutan )
Yong sudah senyum tersipu-sipu. Dia faham dengan situasi perbincangan mereka sambil minum kopi. Rasa hendak campur tangan tak boleh. Ini bicara orang lelaki. Azan pun senyum juga tapi dia boleh campur lebih sikit sebab dia lelaki. Dia bersusah payah menyokong abang, Azua, yang sejak tadi cuba menerangkan sesuatu kepada Ayah Lop. Ayah Lop, Noh Sani,macam tidak faham-faham dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh Azua. Dia macam pelajar SPM tidak menjawab mengikut soalan yang ditanya. Kadang-kadang dia lebih banyak menceritakan kisah lampau alam persilatannya berbanding dengan soalan yang dikemukakan. " Benda ini bukan boleh dibuat main. Aku bagi ni untuk 'kome' je," kata Ayah Lop. " Memang le. Bukan semua nak dibagi pada orang. Kita buat yang patut saja. Yang penting, benda ni jalan. Untuk orang masa depan. Sedara-mara ke... adik-beradik. Katalah Lop tak ada nanti, maaf cakap, sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan cucu-cicit," ulas Azua. " Ayah kamu dulu lain. Banyak tempat yang dia pergi. Malam ke Benteng. Tengah malam baru dia balik. Jalan ke Benteng dulu bukan macam sekarang... rimau pun ada," jawab ayah Lop. " Sekarang pun Jan seram juga kalau sorang-sorang," sampuk Azan yang menggelar dirinya Jan.  
 Azua mengurut-ngurut dahinya sambil menjeling ke arah Yong. Yong menyeringai. Dia tahu Azua geram kat Ayah Lop yang sudah menyimpang ke lain sekali lagi.Bagaimana hatinya tidak geram? Sudah tujuh lapan tahun dia bersuara tentang hal ini. Contohpun sudah diberi tapi bendanya masih tidak bergerak-gerak lagi. Masih macam itu juga.Tiba-tiba Mak Long datang ke dapur sambil tersenyum melihat suaminya, Ayah Lop tengah bercerita dengan anak-anak saudaranya. Anak Kassim.
Anak-anak abang tirinya yang masih rapat dengang suaminya. " Duduklah dulu Mak Long. Ambil kopi lagi. Baru pukul berapa?" pujuk Azua. " Hish, jangan! Kampung sekarang sudah kecoh orang masuk rumah," ujar Ayah Lop. Perlahan-lahan Yong pun bangkit ke depan. Dia malas hendak melayan perbualan itu. " Eii... takut. Ada saja benda yang hilang," celah Mak Long sambil mengambil tempat duduk. Azua berpendapat barangkali Ayah Lop saja mencari alasan tidak mahu memberi jawapan yang jelas. Dia memasang akal macam mana hendak memastikan Ayah Lop terus bercerita. Tiba-tiba Azan bersuara. " Lop dulu belajar di Ketior ke?" " Ketior le," jawab Ayah Lop. " Ramai?" soal Azan lagi. Ringkas. " Ramai... termasuklah Karia Timah. Gurunya Che Nor anak Pak Ngah Baharom Sungai Ati Batu 17," balas Ayah Lop. " Wahab Batu Hampar pun ada sekali. Berpasang dengan Ayah Lop" celah Azua. " Wahab mana?" tanya Azan. Susah hendak diingat.Barangkali tidak kenal pun sebab tidak pernah jumpa. Dia tidak membesar di Ketior. " Wahab Chor Ajo, rumah kat menesah tu," balas Ayah Lop dengan loghat Kuala sebelah Ketior. " Dia tu lasak tu. Ada sekali aku tertikam perutnya. Aku kata, Ap perut kamu kena. Dia jawab mana ada. Sedar-sedar dah basah. Bukan darah, ayo," jelas Ayah Lop lagi. Nampaknya umpanan untuk mengajak Ayah Lop bercerita sudah mengena. Dia memang gemar bercerita tentang pengalamannya semasa muda tetapi bukannya topik asal yang ditanya. Azua sedikit beralah. Biarlah dia bercerita dulu tentang pengalamannya. Kita masuk sedikit demi sedikit. " Ayah Lop. Cekak tua tu macam mana?"
Latihan di Gelanggang Rumah Jabatan Hutan Bagan Serai

Anak murid Pakcik Kassim

Pakcik Kassim ( Berdiri  belakang kiri ),
Pakcik Yunus ( Duduk sebelah kanan ) di
Tapian Gelanggan, Ipoh.

Majlis Tamat Latihan Silat Lintau