Monday, December 27, 2010
Ikan Pulang Ke Lubuk
24 Disember 2010, kira-kira jam 7.00 malam aku sampai di Pusat Rekreasi Ulu Legong, Baling, Kedah. Mengikut jadualnya aku akan menyertai Perkhemahan Reunion Pengakap Kelana Belati Hulu Perak ke-3. Cerita pengakap ini sudah menjadi darah daging barangkali. Sekali berpengakap terus berpengakap. Motif utama aku ke Ulu Legong kali ini adalah untuk bertemu dengan rakan-rakan pengakap semasa di SMSIS II Grik sekitar 1979 - 1981. Aku teringat lagi perkhemahan pertama aku di Kg. Kenayat Grik pada 1977. Sijilnya masih aku simpan sampai sekarang. Nama-nama seperti Zulmat, Shahrom, Din Panjang, Mat Codek, Riduan dan yang lain masih diingatan walaupun hampir 24 tahun tidak berjumpa. Rancangan bertukar saat-saat akhir kerana aku demam teruk hingga 27 Disember 2010. Namun aku gagahi juga untuk sampai ke tapak perkhemahan di Sungai Angkat Kampung Keda yang berhampiran dengan Air Panas Ulu Legong. Memang mengharukan kerana dapat berjumpa Zulmat, Shahrom, Duan dan Pejo. Yang lain kebanyakkannya kenalan baru yang sama-sama meminati dunia pengakap.
Malam itu, tanpa disangka-sangka ada majlis penerimaan ahli baru dan aku diantara ahli baru kelana belati.
Suasana majlis penerimaan amat dramarik sekali. Dengan berbekalkan lampu suluh aku dan beberapa orang kawan mengangkat sumpah sebagai ahli baru. Selepas itu, acara salam perkenalan " coteng-coteng". Ini acara yang menarik walaupun simpel saja. Ahli lama tanpa mengira usia akan menyapu " tanah coteng" ke muka ahli baru. Terasa segar dengan telatah orang-orang baru dalam pengakap mencoteng muka "otai-otai" pengakap. Buka senang nak jadi bebudak balik. Hal ini akan menambahkan kemesraan antara ahli. Salam perkenalan ini, lebih mudah sewaktu aku menjadi jurulatih Pengakap Kelana "A" Raub sekitar 1990an dulu. Cerita lama bro.
Perkara yang menarik, Reunion ni dapat menemukan kita dengan rakan-rakan lama semasa persekolahan. Kesempatan untuk memohon ampun dan maaf. Keduanya kita berpeluang merancang sesuatu untuk anak-anak berdasarkan hobi kita.Hubungan yang muda dengan yang tua tidak boleh diabaikan. Yang muda perlukan bimbingan yang otai-otai sebagai pemandu.Ahli-ahli Kelana Belati perlu mengetahui sejarah panjang pengakap di Grik... termasuk cerita " Chaken & Ayahnya" dan sejarah ahli-ahli lama ini untuk teladan masa depan. Pengakap adalah bersaudara. Semoga Kelana Belati terus aktif dan sukses. Jangan lupa ahli baru yang otai nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment