Sunday, March 21, 2021

JERAM BESU YANG LESU

 JERAM BESU YANG LESU


As salamualaukum. 6 Oktober 2020. Covid memenjarakan. Namun selepas PKP Fasa 1 aku agak bebas sedikit. Peluang pulang ke kampung di Sungai Koyan, Kuala Lipis memberi peluang aku memantau semula jejak langkah lama aku di Pahang Barat ayang aku jejaki mulai tahun 1990. Kini sudah hampir 30 tahun berlalu, keinginan untuk mengimbau kembali kenangan lalu membawa aku ke Lipis dan Raub untuk melihat jejak itu. Mungkin tulisan ini menjadi bahan sejarah buat tatapan generasi mendatang. Dulu dan kini menjadi perantaraan masa untuk melihat sesuatu perubahan termasuk diri, khalayak umum, alam sekitar dan pergerakan sosial. Aku sendiripun suatu ketika dulu gagah meredah hutan Pahang Barat untuk menikmati kejadian-Nya kini sudah terasa bahang kelenguhan. Itulah perubahan diri dari segi usia. 


Jejak aku kali ini diikuti oleh 3 orang anak lelaki aku iaitu Ikmal, Irfan dan Idlan. Ikmal sudah bekerja, Irfan bersekolah di asrama manakala Idazlan masih dalam darjah 6 dan tingal bersama-sama aku. Jarang beraktiviti bersama menyebabkan aku ingin membawa mereka menyertai jejak kali ini. Sekurang-kurangnya dapat aku ceritakan apa yang telah aku lalui dan membesar bukan di zaman komputer. Komputer aku adalah alam sekitar.. hutan, pokok, sungai, batu-batu, pantai dan tasik. Aplikasiku mungkim khemah, api, ikan sungai, panah, hablur...Apatu.. Cermin yang digunakan untuk menyelam dalam sungai.. panah ikan... Warnanya biru.... Perbezaan antara dua generasi Budak Hutan dan Budak Komputer. Kami bertolak dari Sungai Koyan menuju ke Kuala Lipis kira-kira jam 9.00 pagi.melalui Sungai Ular, Kampung Keledek, Simpang Lubuk Kulit, Gua Bama, Hutan Lipur Terenggun terus ke Kuala Lipis. Kawasan ini merupakan tempat aku memancing di tepian sungai, mengadakan aktiviti motivasi bersama-sama pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.  Masa tu sekitar tahun 1990 hingga 1994. Masa tu Siti Norhaliza berada di sekolah itu. Saya teringatkan Cikgu Manaf.... Guru Pengakap dan Cikgu Azam Warden asrama yang banyak mengadakan aktiviti perkhemahan dan motivasi pelajar. Dari Kuala Lipis kami bergerak ke Raub dan melalui satu-satunya tempat yang aku paling gemari. Tempat ini aku pernah bekerja dengan sebuah syarikat pengendali aktiviti "team
Dari Gesing ke Jeram Besu
 building" iaitu BANSEKI COOPERATE WAR GAME... War game... main perang... pakai telur sebagai peluru.... Duit jutaan DAMRA...  di serang gerila hitam di tengah malam... Berakit Tiub Getah... Best wo.... Dengan BANSEKI aku belajar tentang pengurusan kem motivasi dan modul-modul team building. Tapi yang aku nak cerita ni bukan bab BANSEKI tetapi tempat atau lokasi aktiviti ini dijalankan.                        JERAM BESU... JERAM BESU...Jeram Besu ini terletak antara laluan Raub ke Kuala Lipis. Sebuah jeram yang terletak di tepi jalan utama. Jeram ini adalah
 tempat perakit getah menyelusuri air jeram tersebut. Terdapat Pusat Aktiviti Arus Deras yang diselia oleh sebuah pertubuhan belia. Ada perakit yang merupakan pelancong luar, pengunjung tempatan.... Jeram itu juga terdapat nelayan tempatan menjaring dan memancing ikan sungai. Begitu gah sekali Jeram Besu pada masa itu. Awal 90an, kalau tak silap aku Tahun1993 selain daripada berkhidmat secara sambilan dengan BANSEKI  aku pernah membawa sekumpulan pelajar dari UPM ( Kolej Ke 5 ... Kalau Tak silap ) menjalankan Ekspedisi dari Ulu Sungai, Raub ke Jeram Besu. Dalam ekspedisi inilah, ayahku pergi mengadap Illahi... ( Al Fatihah ).

             Dalam perjalanan dengan berakit dari Ulu Sungai kami terpaksa berhenti dan bermalam di Batu Talam kerana aku menerima telegram bahawa ayahku sakit tenat. Masa tu mana ada telefon canggih macam sekarang. Aku minta sahabat aku Cikgu Zaha untuk menjaga peserta sewatu aku pulang ke Kuala Kangsar untuk menguruskan hal ayahku. Kami menyambung semula perjalanan dari Batu Talam menuju ke Jeram Besu. Dalam perjaanan ini, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Gesing, Raub. Oleh kerana hari susah hampir malam, kami mengambil kesempatan bermalam di tebing pasir sungai. Nasib kurang baik, air sungai naik mendadak.... ada rakit yang hanyut, ada kayak yang terbalik dan akhirnya kami bermalam kira-kira beberapa kilometer dari Jeram Besu.
Aktiviti: Water Confident 
Darat di Batu Talam

Bangun pagi, kami meneruskan perjalanan ke Jeram Besu untuk aktiviti mengilir air menggunakan rakit getah " inflatable raft". Masa itu air besar dan laju.  
Pemandangan Jeram Besu pada masa itu sungguh indah dengan cuaca nyaman. Maka berakit getahlah kami di aliran Jeram Besu. Itu cerita tahun 90an. Tapi kini ceritanya lain pula. Jeram besu tetap mengalir tetapi sunyi sepi. Persekitaran tidak terurus, semak samun dan sampah sarap bermaharaja lela, kemudahan tandas tidak sempurna dan yang paling menyedihkan karana terdapat banyak Nyamuk!!! Aduh kecewa melanda bila melihat keadaan ini... seolah-olah  dunia mengundur ke belakang..... Zaman Jeram Besu belum dimajukan.