Friday, August 5, 2011
Yang Lama
Assalamualaikum, masih ada lagi kesempatan untuk mencoret sesuatu. Pengakap itu permainan aku sejak 1977 lagi. Proses sosialisai dalam pengakap banyak membentuk kematangan dalam diri. Tak hairanlah kalau mendengar cerita tentang pengakap.. hati terdetik. Apabila tengok orang berpengakap, ingat pengakap. Tahun 2011 ini nampaknya ada peluang untuk aktif kembali.
Bukan kerana wang, pangkat jauh sekali tetapi bertemu dengan teman-teman lama adalah tujuannya. Hal ini merupakan suatu terapi untuk relak dan rekreasi. Yang masih diketemui Shahrom ( Chaom), Zulmat, Pejo. Yang lain mungkin tidak berkesempatan. Entah bila pulak dapat bertemu... Kita tidak tahu bila? Kemungkinan ini yang terakhir maka gunakan pertemuan ini sebaik-baiknya. Mungkin kita dikatakan ada banyak pengalaman tetapi banyak juga yang kita tidak tahu. Semasa beraktiviti kematangan kita diuji, Adakah kita mampu mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Peluang untuk kita menilai diri sendiri.
Jun 2011 aku menyertai Malaysian Rainforest Scout Challage 2011 Pertama (1st MRFSC)diTasik Temenggor. Aku bertugas sebagai Pen.Penyelaras Aktiviti. Hmmmm banyak yang dapat dipelajari terutama tentangt perkara yang berkaitan dengan pengakap terkini. Paling menarik.. berjumpa dengan dengan otai-otai sezaman pengakap SM Sultan Idris II, Gerik sekita tahun 1978 - 1981 dan pengakap kelana yang baru. Mungkin kita bersama-sama suatu waktu dulu kita terserlang kematangan masing-masing. Dengan yang muda, tahniah jadi marshall "War Game" yang terbaik walaupun pertama kali buat wargame. Tahniah untuk Kelana Belati Hulu Perak. Kami berpengkalan di Pulau Pendidikan bersama-sama beberapa anggota Regimen Renjer. Permatang di pulau kecil ini agak kering. Tiada pacat. kawasan lapang agak terhad. Jadi bertempur atas permatanglah. Paling menarik dapat belajar buat bakul rotan. Terima kasih Zulmat. Belajar untuk mengajar. Itu ilmu baru yang aku dapat. Satu jer... yang lain tu hanya mengimbau kenangan lalu.
Kesempatan juga... Mei 2011 aku mewakili PPD K.Kangsar untuk merasmikan Kursus Manikayu 1 Pengakap Daerah Kuala Kangsar. Harap pengakap K.Kangsar juga terus aktif dan kompetatif menyusuri arus perdana. Ada insan yang mempunyai ruang dan peluang untuk terus ke hadapan, adakalanya tiada ruang untuk bergerak. Apa-apapun mobiliti kita terletak kepada diri sendiri. Ke hadapan atau ke belakang. Fahami undang-undang persetiaan pengakap. Kita berpesatuan untuk mencari kawan bukan lawan. Berpengakap merupakan platform kita mengenali orang lain untuk mematangkan diri seterusnya mengenali diri untuk mengenali-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)