Saturday, November 27, 2010

Bikin Terbang Makin Gampang


Salam...
22 - 25 Nov 2010, aku kembali semula ke tanah seberang. Kali ini bersama-sama pegawai khas prasekolah negeri perak.Parawisata ini telah dirancang lebih awal.Inilah kelebihan merancang.Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Waktu ini Merapi sudah beransur-ansur mengantuk tetapi belum tidur lagi. Bromo pula dijangka bangun dari lena yang panjang. Pesawat udara boleh mendarat di Sukarno-Hatta. Sabuk pengaman sudah dikencangkan dan ini membolehkan rancangan kami berjaya dengan kehendak-Nya. Pejalanan kali ini tidak mengujakan kerana ini kali kedua aku di Jakarta yang macet itu. Macet masih lagi aktiviti utama parawisata kali ini. Macet perlu dimasukkan dalam jadual wisata. Dari Sukarno-Hatta kami terus ke Cipanas, Puncak. "Ci" bermaksud sungai. Lokasi ini bukan sungai panas sebaliknya tanah tinggi yang dingin umpama Cameron Highland. Perjalanan ke Cipanas bermula jam 3 petang dan kami sampai di Restoran Puncak Alam jam 9 malam. 6 jam baru sampai Cipanas? Ya, macet membantu menambahkan masa perjalanan. Dalam perjalanan hujan ribut turun. Petir berturutan diiringi guruh. Perjalanan makin mencabar walaupun pemanduan hanya 66 km/jam terasa laju ditengah hujan lebat. Perut makin berkeroncong. Sewaktu macet di jakarta, supir memberi kami kek keju coklat sebagai alas perut dan promosi jualannya. Tapi, waktu hujan di laluan Jakarta- Cipanas kami kelaparan. Nasib baik Milah ada bawa roti " Gardenia". Apa lagi. macam orang masuk hutan... berebut roti. Memang semangat setiakawan tinggi.. roti sekeping boleh berkongsi. Sepanjang perjalanan yang berliku-liku menuju Cipanas, dapat dilihat gerai-gerai kecil di tepi jalanan yang menjual sayur, ubi-ubian termasuk tapai ubi kayu yang bergantungan.Tapainya cantik tetapi tidak berair. Kering saja dan boleh dimakan kerana kurang manis. Namun kami tidak sempat membeli apa-apa dalam perjalanan. Kami sampai di Restoran Puncak Alam apabila hujan sudah berhenti. Yang seronoknya makan malam kami tidak disediakan ikan. Muzafa makan nasi dengan sambal belacan je. Kami berpandangan. Apa hal bro? Respon Jamilah. Makan kat sini kami berpeluang membeli Kad prepaid "Simpati" Indonesia untu menghantar laporan ke rumah. Kami bermalam di Suria Hotel n Resort. Tempat cantik tapi sarapan pagi setakat boleh isi perut je. Aku sempat membeli sebentuk cincin batu "turques" ungu dengan harga Rp 40,000 lebih kurang RM 15. Kalau kat Lok Keng, Ipoh harga dibeli RM 60. Bukan nak beli pun, tapi kalah dek bujukan. Nak suruh beli, aku tekan harga. Nak ke tak nak? Diaorang akan pujuk sampai dapat, aku pun tawar sampai dapat juga. Sama-sama fikir le.
Dari Cipanas, Puncak kami menuju ke Bandung melalui jalan lama. Singgah sebentar di Kota Bunga..cantik memang cantik...udara nyaman. Bukan main sakan orang perempuan bergambar. .
Dalan perjalanan turun, kita dapat tengok askar yang berlatih sedang berkebun. Berkebun pagi-pagi? Latihan PT agaknya. Kata Mas Kiman, untuk kalau berkahwin dengan lelaki sunda. Bekalkan dia dengan sambal belacan sahaja, lelaki sunda boleh hidup di hutan atau kebun.Hal ini kerana mereka suka makan ulam-ulaman. Lauk takde hal. Pancing saja di sungai, lepas itu bakar cicah sambal belacan. Senang saja. Tak banyak ragam Jalan lama ke Bandung banyak juga yang menarik.Jalan ini agak bengkang-bengkok penuh dengan gerai tepian jalanan yang jual sayuran dan buahan. Kita dapat melihat aktiviti penduduk setempat di sepanjang jalan.Yang menariknya kerja tangan marmar..fuhh memang kelas. Bagus juga Mas Kiman ( Supir) yang bawa ikut jalan ni. Nanti balik kami ikut Lebuh Raya Afrika ( Bangdung - Jakarta ). Dapat tengok dua keadaan. Sampai Cibaduyut, dapat juga minum teh botol " Sostro".
Kira cop pasport le bila dah minum tu. Hanya sejam di Cibaduyut.... leceh lah. Hanya dapat tangkap kasut kasual dalam 110 ribu Rupiah. Lepas tu makan tengahari. Petang kami ke Pasar Baru. Tak cukup masalah. Habis juga dekat-dekat dua juta beli kain. Kali ini hanya kain sahaja. Pasar baru memang sibuk sepanjang masa. Malas nak cerita. Ada lebih kurang 6 tingkat ( lupa berapa )seluas padang bola. Jalan? Kena bawak air le.. letih. Kena pandai juga kita ni untuk mencari kedai-kedai yang murah. Yang penting kita tahu cara menawar harga. Buka nak untung banyak, tapi tak mahu tertipu dengan harga yang ditawarkan. Makan memang senang, serumpunlah katakan. kalau tak makanan sunda, makanan padang ada. Yang bestnya " Gurami ". Aku ni kaki makan ikan @ "fish eater". .

Ikan kalui digoreng dan dicicah dengan sambal kicap memang sedap . Bentuknya macam burung, berkepak jer.Fuh... susah pula nak cari ikan kalui di market. Tak de orang jual. Mungkin tak laku agaknya sebab orang ada pilihan lainRasanya masa untuk bertamu di Bandung singkat sangat. Kalau dulu dapat juga pergi ke Saung Angklung Udjo. Kali ni, secara peribadinya kureng sikit. Lepas di Bandung kami bertolak semula ke Jakarta.
Dalam perjalanan ke Jakarta, melalui Lebuh raya Afrika, kami singgah di R&R. Kawasannya agak sejuk juga kerana di tanah tinggi. R&Rnya baru nak disiapkan. Aku sempat membeli patung wayang golek watak " Si Gareng".
Murah juga. Kira-kira RM15. Kalau di Taman Mini Jakarta, mahal sikit. Aku peminat seni persembahan, apa lagi yang menarik minat aku. Paling tidak boleh dibuat media dalam setiap ceramah aku. Apalagi, berboneka la dalam bas.
Di R&R, ada juga yang menariknya iaitu alat pemadam api beroda.Cantik gambar alat yang terletak di Stesen Pertamina ( lebih kurang Petronas ).
Jimat minyak. Tunggu bomba datang mungkin mengambil masa. Heret alat tu dan pancut saja. Nasib baik Chua sempat ambil gambar jentera pemadam api ni. Semua tempat tak boleh dilawati lama-lama.Bukannya apa, kalau lama-lama, ada saja insan yang membeli itu ini. Jutawanlah katakan.Selagi tak muflis, gila membelilah jawabnya.
Dalam perjalanan ke Jakarta banyak pemandangan indah yang boleh dilihat. Sawah bendang dan kampung beratap genting merah.Hampir semuanya kawasan pertanian terutamanya sawah padi. Ada juga sedikit-sedikit kawasan tanaman getah dan teh. Bagi mereka yang tak gemar outdoor, apa lagi "out tidor" lah jawabnya. Paling menarik ialah, jambatan keretapi yang dibina pada zaman penjajahan Belanda yang sehingga sekarang masih lagi digunakan.
Jambatan besi yang kukuh ini merentasi sawah padi di tanah tinggi dalam perjalanan Bandung-Jakarta. Setakat ini aku hanya sempat melihat jambatannya sahaja. Keretapinya belum kelihatan. Kata Mas Kiman, kalau cuti aidilfitri, keretapi memang menjadi pengangkutan utama. Ada yang mati kerana jatuh dari keretapi akibat terlalu padat.
Lepas tu, melawat Mini Jakarta, Mangga Dua dan Monas.Mini Jakarta membosankan aku sebab dah dua kali pergi. Cuma, kalau nak masuk pun ke kawasan Irian Jaya. Cadangannya nak tengok budaya Irian Jaya. Idea Mini Jakarta tu bagus, cuma kita perlu masa yang panjang untuk melawat semua budaya. Di Mangga Dua, kawan-kawan sibuk membeli barangan " aspal". Aspal tu singakatan daripada asli palsu. banyak barangan palsu yang rupanya macam asli terdapat di di mangga dua. Kira-kira macam di Petaling Street la. Aku bercadang nak cari CD wayang golek. Negative.Sekitar Monas pada masa itu ada pasar malam dan pertandingan tinju. Itu je. Pada pandangan saya kalau kali pertama bolehlah melawat jakarta pegi ke Mini Jakarta. Kalau kali kedua ke sana, eloklah kita lupakan Mini Jakarta.Waktu balik , aku dan Muzafar ( Manjung ) balik dulu. Untungnya dapat pengalaman menguruskan diri di air port Indonesia. Yang ruginya kalau lebih sekilo barang yang dibawa kena bayar RM15.

Yang herannya masa di Airport boleh pula cakap orang putih sambil makan "bakso" ( mee sup dengan bebola sapi ). Pekena teh "Sosro" lagi sebagai tanda selamat pulang.

Thursday, November 11, 2010

MAKTAB PERGURUAN TERUNTUM, KUANTAN


Salam,
Hari ini 12 Nov 2010 jam 2.00 pagi. Mata tak terlelap nampak gayanya. Rasanya dah sampai seru nak menulis. Tahun lepas, saya berjumpa dengan Ina & Sabri ( suami ) dan Azuan & Aziah dari Unit D Teruntum 87/89.Dalam tulisan dulu ada saya siarkan tetapi tak ada gambar. Nampaknya ada rezeki sikit sebab Ina hantar gambar tu... jadi bertambahlah koleksi Unit D Teruntum 87/89 dalam album tahun 2000an.Setakat ni depa boleh saya jumpa, tapi kengkadang setahun sekali. Ina & Sabri / Aziah & Azuan macam tu juga... Selamat menjadi warga Kedah buat Azuan, Rasanya kalau ada rezeki nak cari Shukri dan Samad pula. Dengar kata Samad pi Mekah...Alhamdulillah. Hari ini 24 Oktober 2013 aku dapat berita gembira. Sahabat lama, Yazi berjaya dihubungi. Ini satu yang sangat menarik, lama tak jumpa. Minggu lepas Osman Mat Zin singgah di Kuala Kangsar. Yazi hanya dapat dihubungi melalu Fb Yazi Bujang. Dah 23 tahun tak dapat dihubungi. Kali ini dimakbulkan. Yalah, kita pun bukan muda lagi. Masing-masing dah matang dan melalui pengalaman sendiri yang pastinya berbeza antara satu sama lain. Inilah kekayaan pengalaman. Yang lalu adalah sesuatu yang hanya untuk dikenang. Masa tidak akan berputar kembali. Setidak-tidaknya ruang memori kita tidak kekosongan apabila kita termenung. Teman-teman Teruntum terutamanya Unit D 87/89 muncullah jika ada peluang. Mungkin kali ini...