Friday, August 20, 2010
PESTARAMA AIR KEROH 1988
Assalamualaikum,
Ingat tak 22 tahun yang lalu? Di Air Keroh Melaka? Pestarama 1988. Ya, mereka yang mengikut pestarama ini tentunya masih segar diingatan. Bagi pasukan pengakap tentunya ingat tentang Mr. Vellapan yang marahkah Omar Sumiri kerana tidak memasak.Ahli pengakap bergabung dengan Pengakap MPPerempuan Melayu Melaka dalam persembahan kebudayaan. Lagu " Teratai" beb. Pasukan ini banyak sangat kenangannya dan antara yang tidak boleh dilupakan ialah pergaduhan di Stadium Darul Makmur.Dalam taju ini, bolehlah kita kongsi sedikit visual kenangan pestarama.TQ.
UNIT D MP TERUNTUM 87 - 89
Assalamualaikum,
Selamat menyambut Ramadhan khasnya buat semua teman Unit D 87-89 dan teman-teman unit lain Teruntum 87-89.21 Ogos 2010 ini sudah 11 hari kita menjalani ibadah berpuasa. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan penghayatan kita terhadap-Nya semakin matang. Pada tarikh ini 20 tahun lalu mungkin kita masih di maktab. Mungkin sedang ROS. Masa itu kita masih muda belia, penuh cabaran bergelar anak muda atau lebih tepat lagi bakal guru muda. Kini segala kenangan di maktab menjadi memori buat kita samada indah atau tidak. Selepas 20 tahun kita seharusnya sudah matang dalam mengurus perjalanan hidup mengikut ketentuan-Nya. Jika indahnya kenangan di maktab maka manislah yang diingati. Jika kelamnya kenangan di maktab maka pahitlah yang diingati. Namun pahit atau manisnya pengalaman lalu seharusnya kita jadikan teladan untuk diri kita dan anak-anak. Itu semua asam garam yang mengenakkan resepi kehidupan kita. Mungkin pada masa itu perasaan lebih menguasai fikiran maka berlakulah kesilapan. Apakah kesilapan itu harta yang perlu kita bawa ke alam barzakh? Jika tidak, apa kata pada bulan yang mulia ini kita tuluskan hati untuk memaafkan segala kesilapan yang kita lakukan sesama sendiri. Maafkan saya. Bukankah pengalaman yang kita lalui dulu merupakan satu proses yang kita lalui untuk memantapkan diri menghadapi masa akan datang? Bersyukurlah kerana kita mempunyai pengalaman itu.Selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)