Thursday, July 1, 2010
Catatan untuk Ayub Abdul Rahman.
Ada masanya kita mampu melangkah sambil merenung kembali jejak-jejak yang ditinggalkan di belakang. Jejak-jejak itu tidak bergerak lagi tetapi memghambat memori setiap kali kita sunyi.Ada masanya kita tidak mampu untuk melangkah ataupun merenung kembali. Barangkali jejak-jejak itu pun telah tiada.Pada April 2010 yang lalu aku menuju ke pantai timur untuk mengambil anak sulungku yang bercuti. Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, aku menuju ke Kampung Kelewek, Tanah Merah, Kelantan untuk bertemu seorang sahabat satu kelas di maktab. Aku sampai ke kampung itu tetapi gagal berjumpa dengan sekolah yang dimaksudkan. Daripada maklumat orang kampung tersebut Sekolah kebangsaan Kelewek terletak di Tanah Merah. Akupun menuju ke Tanah Merah untuk ke sekolah tersebut. Sampai sudah tentunya pasti. Itulah kali pertama aku sampai di Tanah Merah. Aku bertemu dengan salah seorang guru di situ untuk menanyakan perkara tentang sahabat aku Ayub bin Abdul Rahmah. Mengikut guru tersebut Ayub telah berpindah ke Kemahang 1 dan jika aku hendak bertemunya, aku terpaksa berpatah balik. Guru itu memberitahu aku yang Ayub mempunyai sebuah kedai alatan telekomunikasi di hadapan Petronas Tanah Merah. Walau bagaimanapun aku gagal bertemunya dikedai sebaliknya hanya mendapat nombor telefon Ayub dari kedai bersebelahannya. Ayub memaklumkan pada aku yang dia kini sudah bertukar dan pada hari tersebut pulang lewat disebabkan kelas tambahan UPSR. Aku bercadang hendak berjumpanya apabila dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu.Sekali lagi nasib tidak menyebelahi aku kerana aku sampai di Tanah Merah dalam perjalanan pulang pada waktu malam. Aku tak dapat berjumpa Ayub. Sudah takdir tuhan yang maha penentu, Ayub telah kembali ke rahmautullah sekitar bulan Jun 2010. Aku rasa kesal dan kehilangan kerana tidak dapat bertemunya. Tuhan lebih mengasihaninya. Ayub diserang penyakit jantung. Al Fatihan. Hari itu hari dia... aku entah bila? Kurenung jejak dari pasir ke kerikil.1 Julai 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)